Salam, alhamdulillah Baby Irfan masih menyusu susu ibu sepenuhnya, enjoy betul dapat susukan dia, mula-mula tu memanglah ada masalah penyusuan, tapi lama-lama masalah tersebut dapat diatasi, apa yang penting selalu berfikiran positif dan selalu ingat dan berniat dalam hati “InsyaALLAH susu aku cukup untuk Baby Irfan sampai umurnya 2 tahun”. Dan…kalau dulu saya malu nak menyusukan Baby Irfan di khalayak rama, kini tidak lagi dengan adanya 4 in 1 Essential Nursing Kit dibawah ini.

nursing kit

Dapat je kat tangan terus jatuh hati, tu tak guna lagi tu hhihihi, TQ Ryehanna untuk 4 in 1 Essential Nursing Kit tersebut. Memang sesuai sangatlah dengan Ibu menyusukan anak macam saya ni, tak perlu dah nak sorok-sorok dicelah-celah tempat untuk nyusukan Baby Irfan heheee

nursing kit

Saya suka 4 in 1 Essential Nursing Kit ni sebabnya senang nak bawa kemana-mana, ringan dan serbaguna, macam-macam boleh buat tau, boleh jadi handbag macam gambar saya kat atas tu hhihihi, cantik pun cantik, memang tak segan nak sandang beg tu..bangga adalah sebab boleh nyusukan Baby Irfan kat mana-mana ^__^

nursing kit

Baby Irfan duduk, sama tinggi dengan paras bahu, so tak lenguh nak pegang dia.

nursing kit

Baby Irfan baring tidur, stroller tak bawa coz tak muat dalam kereta -..-“

Paling best, tengah makan pun selesa riba Baby Irfan, Nursing kit ni boleh jadi tempat baring/duduk si Baby, bestkan?? produk macam ni lah yang saya nak, jadi kalau korang mencari Nursing Kit, saya cadangkan baik beli yang macam ni, betul-betul selesa tau!.

nursing cove

Tengah sedap makan, Baby Irfan nangis nak nyusu, apa lagi, sarungkan aje Nursing Cover yang terdapat pada 4 in 1 Essential Nursing Kit ni, betul-betul memudahkan saya untuk menyusukan Baby Irfan.

nursing cover

Wajah ceria sambil nyusukan Baby Irfan heheee, enjoy breastfeed kan dia ^__^

nursing cover

Nursing Cover ni memang selesa nak guna, boleh laraskan talinya, jangan risau sebab nursing cover ni tidak menutupi muka/hidung bayi kerana ianya dibuat istimewa khas untuk si Ibu dan Bayi agar selesa semasa menggunakannya, siap boleh main aummcakkk lagi hihihi, yang yang penting…jangan risau, orang lain takkan nampak anda selak baju hihihii. Si ibu juga tidak lenguh duduk lama dan tidak membongkok kerana mendapat sokongan dari Nursing Kit yang dibuat ampuh tadi.

Postur tubuh semasa menyusukan Bayi sangatlah penting, biar dalam keadaan menegak sekiranya tengah duduk, kalau tak boleh jadi sakit belakang..sakit wuuuu~, jadinya guna produk ni memang best sebab postur tubuh lurus dan menyusukan bayi pun sangat selesa, tak percaya boleh try beli hihihi, saya tak cakap kosong, tapi inilah hakikatnya, so memang enjoy breasfeedkan baby kalau kita dalam keadaan bersedia dan selesa.

irfan

4 in 1 Essential Nursing Kit ini juga boleh dijadikan changing pad, eee suka sangatlah…siap boleh buat bantal lagi tu, pendek kata serba serbi boleh guna.

wet wipe case

ianya di datangkan bersama dengan kotak tisu basah, senang..letak je tisu basah dalam case tu, tak perlu nak bawa dah bekas tisu basah lain, senang kan??

nursing kit

Siap ada ruangan storage, boleh letak lotion ke bedak ke, senangkan?

kalau berminat ingin mempunyai produk yang terbaik untuk si ibu dan anak (breastfeed), saya cadangkan produk ini adalah yang terbaik untuk anda miliki, serius memang berbaloi, lagi berbaloi-baloi bila dapat memberi penyusuan eksklusif kepada anak anda, dan tidak ada alasan untuk tidak menyusukan anak di mana-mana.

Korang boleh dapatkan Produk ini dari laman mamapanda.com, FB page Mama Panda Store ataupun dari aboofamily.com. Sekarang tengah offer penghantaran percuma ke mana-mana alamat di Malaysia. 

– gosip kat wassap, ada kawan blogger “Rapat” mengandung, kalau ye..sukanya hahahaa

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

16 thoughts on “Mudahnya Menyusukan Anak Dengan 4 in 1 Essential Nursing Kit”
  1. K sya pakai jubah butang dpn dn tudung labuh paras pinggang…jd menyusu di tmpt awam tak de masalah …. mak cik sblh pun tk perasan…ingatkan baby tidur…ngeh3…

    Tp multi purpose beg tu mmg menarik…nanti nk survey la… ~?^_^?~
    syamila recently posted..Indahnya saat ituMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge