Shopping Complex Tak Mesra Bayi

Salam, dilema menyusukan anak bila berada diluar, tidak semua tempat yang kita pergi tu ada nursing room ataupun tempat duduk, nak menyusukan anak, lainlah kalau anak menyusu menggunakan botol susu tidak ada masalah rasanya, bagi je baby tu duk dalam stroller kan, yang ni menyusukan baby dengan susu ibu (direct feeding).

myirfan

Sambung tido setelah kekenyangan menyusu dalam kedai baju kuikuikui

Baru ni kami Shopping di *******, ala 5 minit je pun dari rumah ni, Baby Irfan menangis nak susu, sebelum tu dah bagi dia susu dulu time dalam kereta, maklum jelah Baby kan kuat menyusu, lagi baby boy memang tak berhenti ngempengnye hihihi.

Hahhh jenuh jugalah nak cari “Port” untuk menyusukan Baby Irfan ni, cari surau tak jumpa, surau tu ada cumanya saya je kot tak perasan dan tak nampak signboard surau tu uhukk, sudahnya menumpang kedai orang , duduk dalam kedai tu menyusukan Baby Irfan ngeh…ngeh…tak pernah buat macam ni, ok ni 1st time!

Sebenarnya saya tak kisah susukan Baby Irfan kat public sebab saya gunakan Nursing Cover, asal ada tempat duduk boleh je nyusukan dia, tapi kalau dah takde tempat duduk macam mana??, takkan nak nyusukan Baby Irfan sambil bergendong pulak, dah usahakan Ajar Anak Menyusu Menggunakan Botol Susu tetapi tak berhasil kehkeh, saya mengalah dengan Baby Irfan nnggee~, ok Irfan menang!

– Suka Shopping di Ikea, KLCC, Aeon sebab menyediakan Nursing Room yang cecomel

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

25 thoughts on “Shopping Complex Tak Mesra Bayi”

  1. Saya tidak pasti ada kewujudan garis panduan untuk menyediakan ruang menyusu dan salin lampin untuk anak. Sesetengah pasaraya baru sudah menyediakan fasiliti ini cumanya ada bilik dikunci. Tiada guna juga.

  2. pusat beli belah ni kedekut nak sediakan kerusi untuk duduk2 tu memang tak lamalah jawabnya.
    ibu2 yg menyusukan anak ni tak minta banyak pun, cukup ada kerusi tempat duduk yang selesa pun dah cukup.
    sedihkan..

    bukan nak cakap pasal pusat beli belah jer, ekspo jualan barangan bayi sendiri pun tak mesra anak dan ibu, tak disediakan langsung kerusi utk duduk menunggu atau melayan anak…pengalaman pergi ekspo kat midvalley tahun lepas, sedih btol penganjur fikir untung jer.

  3. Sama la ngn k sya…tk de kerusi masuk kedai pinjam kerusi kejap…..hehehe…tk larat nk nyusu sambil galas baby….berattttt…..sakit bahu…. ?

  4. tahniah irfan, menang besar ni…he he. kalau dapat usulkan wajib ada tempat BF kat semua shopping komplek bagus. bukan apa, kira galakan ibu2 untuk BF.

  5. hihi bee dulu dengan aliya , mcm tu la kak , mencelah je mana2 kedai minta kerusi kat org pn pernah nak susu kan anak punya pasal.

    Tak kisah kejap je nanti besar tk de dah mcm ni ..ngee~

    1. Hihihihi tulah pasal Bee, mujurlah orang kedai tu faham dan baik hati nak tumpangkan…kalau tak memang pergi parking terus start kereta je terus balik wuuu~

    1. Oh ada juga survey tapi tak larat kot rasanya sebab Baby Irfan ni berat, sekarang ni 2 bulan pun berat dia 6.8kg..tu baru 2 bulan..

      Oh boleh ye df terus kalau guna benda2 tu?? ok baru tau, macam menarik je

  6. aduhai tembamnya irfan. bila laa anak dara saya nak berisi sket :p skang berat dia baru sama dengan kakaknya baru lahir dulu . memang susah kalau nak bfeed ditempat tak mesra ibu direct feeding ni.

    1. Ehhh dah bersalin ye? Tahniah…
      tulah lagi-lagi kalau DF, anak tak reti nak menyusu dari botol, kalau tak boleh pam sesiap untuk dia hhuhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published.