Salam, opsss 3 Bulan 8kg tu bukanlah berat saya yang turun, tapi berat terkini Baby Irfan 3 bulan hihihi, semalam kami ke Klinik yang biasa kami pergi untuk mendapatkan suntikan imunisasi bayi. bulan lepas umur 2 bulan, berat Baby Irfan 6.8kg.
Suka ke Klinik ini sebab doktor dah kenal, dah biasa sangat ke klinik ni (saya jelah), coz klinik ni adalah klinik pakar wanita, sebelum mengandung lagi, 5 tahun lepas saya dah mula berklinik di klinik ini, disahkan mengandung pun di klinik ini, cek mengandung pun disini (selain KKIA), dan untuk suntikan imunisasi Baby Irfan pun buat disini, senang..doktor pun baik dan peramah.
Doktor tengah sibuk ambil ubat, sempat lagi saya ambil gambar dalam mood silent, hahaha dasar blogger!!!
Main dulu, umpan dia sebelum kena injek…hahahaa
Menangissss…baru lepas kena injek, nangis kejap jeler, sakit kot -..-“
Balik rumah terus buka seluar dia, tengok kesan kena injek tu, biasa jelah merah sikit
Dan berat terkini baby Irfan 3 bulan 8kg, alhamdulillah. Doktor tanya kalau dia masih menyusu susu ibu, sebab badannya banyak sangat naik, saya cakap yes masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Dan doktor cakap jangan risau kalau menyusu susu ibu, badan naik banyak macam ni, jangan susu formula je, tak elok coz ada kandungan gula dalam susu formula tu yang buat baby gemuk (obesiti), kalau susu ibu insyaALLAH tidak ada masalah kerana ianya mengandungi pelbagai nutrient yang diperlukan oleh bayi, jelas doktor.
Alhamdulillah Baby Irfan tak demam pun kena injek ni, tapi memang standby je ubat demam dengan cool fever kat rumah ni, monitor suhu badan dia, alhamdulillah semuanya baik-baik saja.
– Orang asik tanya baby minum susu apa, cuba tanya apa maknye makan pulak sampai anak boleh debab macam mak nye heheee
Dah tiga bulan beasr juga ya..
Tiga bulan lapan kg boleh tahan juga beratnya..
pehh..8 kilo tuuu..
Lucu banget anak nyaaa
beza dengan anak saya, 3hari je.. baby sy pn mnum susu bdn.. tp baru 5kg je.. cute sgt baby irfan.
namanya sama dgn anak sy lak, kebetulan.
dasatnya.. comel bangat ni.. istilah gemuk itu banyak kata sihat… janji baby sihat dan ceria.. semuanya akan okey..
alif dan adib dulu kalau lepas cucuk mesti nak demam.
Badan Irfan sangat montel… geram aih…
Maknya makan yg masak guna pemanggang ajaib.. Menu sihat.. Baby pun sihat jugak la. Bambam.. Hehee
pipi dia!!! gram nak cubit2…eh jap bard gi cubit pipi aneesa..hehe…
wah tembam..irfan cute sangat-sangat.. 🙂
alhamdulillah, berbaloi dukung baby irfan ni, berpeluh sikit, exercise.
geramnya nga pipi irfan..comel sgt..
ala..siannya sakit kena cucuk..
semangat betul Irfan sekarang ni. tembam & cute 🙂
Tak apa yang penting sehat. Nanti bila hendak meniarap, berjalan dan tumbuh gigi nanti akan susut badan.
Betul janji sihat, sekarang ini memang masa untuk menggemukkan diri, dah masuk 6 bulan nanti pertembahan berat badan akan sedikit menyusut sebab dia dah aktif sedikit berbanding sekarang banyak terbaring dan tidur sahaja 😀