Salam, opsss 3 Bulan 8kg tu bukanlah berat saya yang turun, tapi berat terkini Baby Irfan 3 bulan hihihi, semalam kami ke Klinik yang biasa kami pergi untuk mendapatkan suntikan imunisasi bayi. bulan lepas umur 2 bulan, berat Baby Irfan 6.8kg.

baby irfan

Suka ke Klinik ini sebab doktor dah kenal, dah biasa sangat ke klinik ni (saya jelah), coz klinik ni adalah klinik pakar wanita, sebelum mengandung lagi, 5 tahun lepas saya dah mula berklinik di klinik ini, disahkan mengandung pun di klinik ini, cek mengandung pun disini (selain KKIA), dan untuk suntikan imunisasi Baby Irfan pun buat disini, senang..doktor pun baik dan peramah.

klinik popular

Doktor tengah sibuk ambil ubat, sempat lagi saya ambil gambar dalam mood silent, hahaha dasar blogger!!!

baby irfan2

Main dulu, umpan dia sebelum kena injek…hahahaa

baby irfan

Menangissss…baru lepas kena injek, nangis kejap jeler, sakit kot -..-“

suntikan imunisasi

Balik rumah terus buka seluar dia, tengok kesan kena injek tu, biasa jelah merah sikit

rekod imunisasi

Dan berat terkini baby Irfan 3 bulan 8kg, alhamdulillah. Doktor tanya kalau dia masih menyusu susu ibu, sebab badannya banyak sangat naik, saya cakap yes masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Dan doktor cakap jangan risau kalau menyusu susu ibu, badan naik banyak macam ni, jangan susu formula je, tak elok coz ada kandungan gula dalam susu formula tu yang buat baby gemuk (obesiti), kalau susu ibu insyaALLAH tidak ada masalah kerana ianya mengandungi pelbagai nutrient yang diperlukan oleh bayi, jelas doktor.

Alhamdulillah Baby Irfan tak demam pun kena injek ni, tapi memang standby je ubat demam dengan cool fever kat rumah ni, monitor suhu badan dia, alhamdulillah semuanya baik-baik saja.

– Orang asik tanya baby minum susu apa, cuba tanya apa maknye makan pulak sampai anak boleh debab macam mak nye heheee

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

16 thoughts on “3 Bulan 8kg”
    1. Betul janji sihat, sekarang ini memang masa untuk menggemukkan diri, dah masuk 6 bulan nanti pertembahan berat badan akan sedikit menyusut sebab dia dah aktif sedikit berbanding sekarang banyak terbaring dan tidur sahaja 😀
      yanmie recently posted..3 Bulan 8kgMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge