Salam, pertama kali kenal blog Denaihati.com masa itu blog kami sama-sama masih berada dalam platform blogger (blogspot), denaihati ada buat contest yang boleh kata time tu contest paling tiptop, banyak dapat sambutan, contest SEO Hidup Berani Untuk Gagal, merupakan contest pertama diblog beliau yang saya sertai, tapi tak menang hehee
Sepetang bersama blogger 2012, SBB2013 saya dalam pantang
Bila dah start join contest tu, saya mula meneroka blog beliau, ternyata banyak perkongsihan dan pengisian diblog beliau, boleh menjadi bahan dan suber rujukan bagi pembaca yang lain, bermula dari itu saya semakin menggemari blog beliau, “hari-hari mau baca”.
Bermula dari saat itu saya semakin ingin mendekati blog beliau, banyak contest lumayan yang dianjurkan oleh blog beliau yang tidak ada diblog orang lain, time tu memang gila contest kot hahahaaa, nak pulak blog beliau menyediakan hadiah-hadiah yang best-best.
Saya sendiri pernah memenangi hadiah lumayan dari blog beliau seperti Netbook Aspire One, iPad2, iPhone4s, Wang Ringgit RM500, itu belum lagi termasuk wang-wang insentif yang saya perolehi dari menyertai contest diblog beliau, memang ngam betullah tagline blog beliau iaitu “Hidup Untuk Memberi”.
Tidak syak lagi mengapa dan kenapa blog beliau semakin digemari dan semakin dikenali, tengok sahaja jumlah komen diblog beliau, ratus-ratus tu..kau ada? heheee, trafik blog toksah cakaplah, saya pernah pergi meeting dengan Team Denaihati Network di Pejabat P1, saya tengok sendiri jumlah trafik blog beliau, perghhh ok nak terjojol bijik mata, juta-juta tu trafik sebulan, dah boleh mengalahkan blog-blog gosip artis nnggee~, malah blog beliau pernah memenangi anugerah Most Creative Blog 2013 dan Best Of The Best Blog 2012, memang terbaiklah!
Teringat saya masa mula-mula jumpa beliau di Pejabat Al-Ansar Properties untuk mengambil hadiah Netbook Acer Aspire One, saya berjumpa sendiri dengan beliau, saya tanya “mana satu denaihati” dia jawab “Denaihati pi travel” see…haahhaaa punyalah low profilenya, taknak orang kenal dia, nak orang kenal blog dulu, dan itulah strategi yang saya nampak pada beliau “Branding” itu penting, biar orang kenal blog dulu baru kenal tuannya, dah kini ianya berhasil untuk beliau. Syabas!!
Dan kalau nak tahu, rasanya denaihati.com lah blogger pertama yang berjaya menghimpun ratusan blogger, saya sendiri pernah menyertai event tersebut di dinamakan “Sepetang Bersama Blogger”, kagum sangat dengan semangat beliau yang ingin melihat blogger berkumpul Β bersama-sama dan memperolehi sedikit sebanyak pengetahuan yang penting pada pertemuan tersebut.
Saya berani cakap yang blog denaihati.com kini dah semakin terkenal dan popular, mana tidaknya terlalu banyak blog yang menyebut-nyebut tentang blog beliau, malah mendapat liputan yang meluas di media, pernah keluar TV, surat kabar..memang terbaiklah!
Dengan keperibadian beliau saya yakin beliau sangat mudah untuk didekati, saya sendiri sudah pernah berjumpa beliau beberapa kali bersama keluarga beliau.
hah…dan ini yang paling best bagi suami saya, kenapa dia suka baca blog denaihati sebab selalu update pasal Arsenal hahaha adehhhh, kadang tu suami sms saya suruh buka blog denaihati tengok keputusan perlawanan Arsenal, yelah nak google-google pasal bola ni saya manalah nak reti tengok itu ini, lagi pulak kurang minat pasal bola, jadi blog denaihati menjadi bahan rujukan tentang perkembangan bola sepak (Arsenal).
Banyak lagi nak tulis tentang blog beliau ni, tapi Baby Irfan seperti mencemburui masa saya didepan laptop ni heheee, ok sebelum itu, suka saya berkongsi dengan pembaca blog ini, pada 19.5.2013 ini nanti, blog denaihati akan menganjurkan seminar “Buat Duit Dengan Blog”, jangan lepaskan peluang yang ada ini untuk anda bersama-sama Denaihati dan Team Denaihati berserta panel jemputan iaitu mereka-mereka yang berjaya menjana pendapatan melalui blog.
- Tarikh : 19/5/2013
- Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
- Masa : 8.30 am β 1.30 pm
Jangan lepaskan peluang ini, saya pasti banyak input yang bakal anda perolehi dari Seminar tersebut, kalau dulu orang cakap duduk depan laptop takde dapat apa pun..malah habuk puk tarak..ok itu semua tak betul!!, buktinya saya sendiri berjaya menjana pendapatan dari blog, malah bukan pendapatan sahaja, saya juga dapat hadiah-hadiah gadget heheee, jadi ingat!! jangan lepaskan peluang untuk menyertai seminar ini, rugi tau kalau tak pergi!!
Di Indonesia Denaihati juga terkenal ni, semoga suatu saat nanti blog kita bisa sebesar denaihati.com
Btw selamat mbak atas hadiah2nya, makin sukses terus ya π
blogger popular la katakan..huhuhu
Blog DH memang terbaik. Selamat berjaya akak.
Memang saya akui blog denaihati antara yang terbaik dan saya mengenali sewaktu menjadi silent reader sebelum menjadi blogger
Moga menang lagi kali ni ya. π
semoga berjaya kak yan…dah undi utk kak yan…
gudluck kak yan.tuan denaihati memang terbaik..
assalamualaikum yan….memang terbaik blogger DH…:)
Walaupun tak join this review, tapi memang selalu singgah sini unbtuk cari ilmu…alhamdulillah tuan empunya blog tak kedekut ilmu…so goodluck yanie
DH dan kYan sendiri contoh blogger yg boleh diikuti π
tahniah undian trtinggi
Good luck semoga menang lagi
DH, siapa yang tidak kenal dengan beliau especially blogger-blogger Malaysia. saya boleh istilahkan beliau sebagai pencetus evolusi dunia SEO. hehehe
good luck untuk artikel ini!
Minat join tapi aku jauh….! Sabar ja lah…!
Selamat berjaya buat kak yan =)
yg pasti, nama2 besar dalam blogging seperti kak yan, ambe kenal melalui rangkaian denaihati.com. terbukti hebat!
Myra pun penah menang gadget dari blog Denaihati..hehee
Kak yan join x seminar ni? Myra insyaAllah p
teringin nak join tp x dapat..huhu
tak tau nak tulis apa dah…memang lumayan hadiah yang kak yang dapat, setinggi tahniah. terima kasih sentiasa menyokong DH. terima kasih entri juga…bab 1 geng dgn hubbyy penyokong Arsenal memang terbaiklah…heee, harap baby irfan pun penyokong Arsenal.
Sudah diperakui, Bro DH amat dikenali dalam dunia blogging Malaysia
blog debaihati memang hebat.. terbaik π
blog denaihati memang hebat.. terbaik π
maaf..typing error pulakkk kt komen sebelumnya..
setuju jugak, kalau nak belajar blogging, belajar dgn denaihati. byk perkongsian menarik kat situ.
denaihati memang top, saya pon x ingat bila masa mula kenal tetapi rasanya masa pertama kali masuk memang dah tau dah yg blog denaihati bakal menjadi blog “pusat sehenti” yang bakal mengumpulkan blogger malaysia bawah satu bumbung
kalo blog sy spt blog supermak ni pun sy sgt bsyukur…blog sy biasa je…huhuhu
mmg kreatif…slalu singgah situ
Salah seorang mentor saya di dalam blogging ni
wah,sangat hebat blog denaihati
hadiah utk contest2 anjuran Denaihati suma yg bikin panas..geram x pernah dapat..huhu :p harap ada rezeki utk contest yg akan dtg..
Denaihati memang kreatif..ada sahaja idea baru yang diketengahkan..memang respek beliau.
Ada peraduan ker….
Macam ramai jer review blog Denaihati. .adakah aku telah ketinggalan. ..
DH ada cari blog yg ada PR3 dan PR4 untuk projek khas, rasanya inilah kot projek tu, ini sekadar spekulasi jer yer berdasarkan kebetulan yg terhampir π
apsal semua orang dok cerita pasal DH nih..
mungkin ada terlepas pandang status kat DHN bro..cuba usya balik kot2 bleh join skali π
aku tahu. cuma malas aje. takde masa. haha
hahaiii..pulak dah..
blog yang patut dicontohi untuk berjaya π
nak sampai ke tahap yang Denaihati dah berjaya gapai memerlukan kegigihan dan kesediaan berkorban, yakni mengorbankan waktu selesa.
Kak Yan dah banyak menang hadiah. kak yan juga salah satu mentor saya jgk dlm blogging nih
H h,banyak hadiah berharga yang dimenangi.
kak yan banyak menang hadiah..rezeki betul kan…
insyaAllah pertama kali akan dpat join seminar ni…