Salam, sekarang dah mula untuk Pendaftaran Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2014/2015, saya dah lama daftarkan Haziq untuk kemasukkan tahun 1 sesi 2014 pada bulan Disember yang lalu, awalkan? hihihi sebab taknak tangguh-tangguh dah, rasa serabut je jiwa kalau tak setel benda-benda gini, dan bukan apa, takut terlupa sama, kang tak pasal-pasal anak tak dapat masuk ke sekolah yang dekat dengan rumah, daftar awal untuk mendapatkan tempat disekolah yang kita nak, tapi apa pun ianya bergantung kepada kekosongan yang ada.
Jangan tak tahu, Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2014/2015 juga boleh dibuat secara online internet melalui laman Sekolah Malaysia, malah anda digalakkan untuk menggunakan sistem tersebut, tetapi saya hari tu terus pergi ke sekolah, senang nak tanya apa-apa yang bermain difikiran, cuma isi form aje dan bawa dokumen penting, pihak sekolah yang akan uruskan untuk tindakan selanjutnya, urusan tak sampai 5 minit pun, bukan taknak buat online, kalau online ni rasa was-was tu ada juga, takut ada tersilap ke apa ke kan, so saya rujuk ke sekolah terus, habis cerita hehee.
Oklah meh nak share dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sekolah rendah tahun 1 bagi tahun 2014/2015.
Dokumen yang diperlukan :-
- Sijil Asal Surat Beranak Anak dan salinan
- Kad Pengenalan Ayah dan Salinan
- Kad Pengenalan Ibu dan Salinan
- Sijil Asal Nikah dan Salinan
- Bil Api/Air/Astro/Telefon berserta salinan
**Sesudah pendaftaran dilakukan, pihak sekolah akan cop belakang surat beranak untuk pengesahan.
– Tinggal lagi Daftar Sekolah Agama Rendah untuk Haziq.
senang sekarang ni ea..daftar tahun 1 pun boleh online je.
Tak de anak lagi.. tak boleh lah daftar.. tapi boleh daftarkan untuk anak sedara, hehe
semakin mudah nak daftar anak2 ke sekolah.. peningkatan dan perubahan yang baik
ok. sila daftar cepat-cepat.
ala nanti aneesa dan irfan tak sama tahun naik sekolah..walaupun beza sebulan je…
Nampaknya si haziq bersekolahlah pad atahun hadapan 2014. Semoga si kecil lelaki kak yan ceria nanti dpt masuk sek keb nanti. Suasananya pasti berbeza ketika di tadika.
adib tahun depan baru boleh daftar….
terkengan nostalgia masuk sekolah dulu-dulu..
kan best kalau dapat kembali kezaman dahulu macam dalam cerita doraemon…hehe…
Abang Ngah sudah hendak masuk tahun 1 baru abang long ada kawan. 🙂
saya pun dah daftarkan kemasukan puteri sulung, utk Murid Sekolah Rendah, tahun 2014/2015, 🙂
selamat bersekolah yew 🙂
awalnyaaa… takde anak lagi nak daftar kan… hehehe… rindu pulak zaman sekolah..
wah, haziq dah start sekolah ye
Anak saya pun dah daftar untuk kemasukan tahun 1 next year…anak kita sama usia…sy lebih prefer gi sekolah…senang…