Rambut Gugur Selepas Bersalin

Salam, masalah kronik pada saya Rambut Gugur Selepas Bersalinkan Baby Irfan, ni besok lusa Baby Irfan nak masuk 4 bulan dah, barulah saya perasan yang rambut ni semakin menipis, hinggakan nak sikat rambut pun takut heheee, yelah rambut panjang nak sikat tu kena hati-hati, takleh ganas coz rambut mudah putus.

rambut gugur selepas bersalin

So semalam juga tak nak tangguh-tangguh, biasanya saya potong rambut di salun rambut, tapi kali ni dah rimas sangat, minta tolong en.hubby potongkan rambut, dan kali ni tak kisah pun suruh hubby yang potongkan hahaa, sebab sebelum ni pernah minta tolong dia potongkan rambut nak sejam baru siap hahahaaa, ok kali ni minta dia potong lurus je, hahhhh…amik ko xsampai 5 minit..zapppp…siap!, lega rasanya hihihi.

Sebenarnya Rambut Gugur Selepas Bersalin bukanlah perkara aneh, perlu anda tahu:-

  • Hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut
  • Sebenarnya keguguran rambut hampir berlaku kepada semua ibu lepas bersalin, keguguran rambut antara 50-100 urat rambut sehari..sehari tau!
  • Rambut yang gugur selepas bersalin tidak akan menyebabkan kepala botak, sebaliknya ianya akan kembali sembuh setelah usia si baby mencecah 1 tahun, lama jugak kan hiks!
  • Biasanya wanita yang berambut panjang senang mengenal pasti masalah rambut gugur ini (macam saya hihi)

Banyak lagi lah, sumber rujukan Pa & Ma

Jadi apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah tersebut berterusan? :-

  • Potong rambut pendek
  • Sikat rambut perlahan-lahan, kalau boleh guna sikat rambut yang lembut
  • Jangan sikat rambut ketika rambut masih basah, ini kerana struktur rambut lebih lembut dan mudah rapuh
  • Guna syampu yang sesuai
  • Pemakanan juga sebenarnya kena jaga.
"Ada juga yang cakap, bila anak dah mula main buih (airliur), ibu akan mengalami keguguran rambut?, yeker?? walaupun ianya sekadar mitos tapi macam kena pulak coz masa anak-anak dulu pun macam tu...tapi apa kena mengena air liur anak dengan rambut si ibu? hahahaa...macam-macam.

baby irfan

– 2 Hari lagi Baby Irfan 4 bulan, Cepatnyeeee….

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

7 thoughts on “Rambut Gugur Selepas Bersalin”

Leave a Reply

Your email address will not be published.