Salam, nampaknya desas desus yang mengatakan Parlimen akan dibubarkan pada hari ini nampaknya tepat sekali, pada pukul 11.30 pagi tadi, Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Tarikh Parlimen Di Bubarkan Hari Ini 3.4.2013 secara rasmi melalui siaran televisyen sebentar tadi.
Dengan pengumumman tersebut, maka terbubar sudah Parlimen Malaysia penggal ke 12 ini, dan yang pastinya negara akan meriah dengan pelbagai jenis warna bendera yang akan menghiasi ceruk tempat. Kempen akan bermula, dan yang lagi pasti, insyaALLAH kali ini saya pilih untuk mengundi!
Terdahulu kira-kira pada pukul 8.30 pagi tadi, kelihatan kenderaan yang dinaiki oleh Perdana Menteri memasuki Istana Negara dan meluangkan masa selama hampir sejam menghadap Baginda dan mengusulkan Tarikh pembubaran parlimen dan Baginda telah memperkenankannya.
– Tak sabar nak mengundi 😀
Tak sabar nanti nak balik mengundi
hari ni hari rasmi, yeyyy
Tak sabar hendak membuang undi. 🙂
rasanye pilihanraya kali ini lebih meriah…
Saya pilih mengundi .. ^_^
Akhirnya, dapat mengundi buat kali pertama! Yes!
Tak sabar nak balik mengundi 🙂
kat kelantan dah meriah dgn bendera..huhu.. jom bersedia utk mengundi.
Saya balik Kedah, undi kat sana .. ^__^
dari petang semalam dah banyak bendera parti gantung kat tiang lampu…
kat sini dah seminggu kot meriah dengan bendera
x sabar nak mengundi ni..hehe
Kuasa di tangan pengundi