Salam, sejujurnya saya banyak mendapat email pertanyaan tentang income melalui Blog, Boleh Ke Buat Duit Dengan Blog? macam mana caranya? letak iklan je dapat duit? boleh kongsi macam mana dapat income dari blog? macam-macam lagi soalan yang diajukan.
Antara income paling banyak sebulan dari Innity (Iklan Banner je pun)
Tahun 2011 Punya, 2012 tak dapat banyak ni coz berbadan 2, malas update blog 😀
Cashout Adsense, kadang sebulan sekali, kadang 2 bulan sekali hihihi
Ada email yang saya reply ada yang tak reply, maaf kadang-kadang nak reply email pun tengok mood hehe, jangan tak tahu melalui Blog juga kita boleh menjana pendapatan, kalau tak takdelah Seminar Buat Duit Dengan Blog tu diadakan.
Perkongsihan dari saya ye, nak jana duit sangatlah mudah kalau tahu caranya, apa yang penting melalui cara dan landasan yang betul. jom saya share pengalaman saya dalam menjana pendapatan melalui blog ni:-
1. Minat
Korang haruslah ada minat dalam menulis Blog, tak kisah niche apa pun yang penting minat tu kena datang dulu, kalau minat tu takde macam mana nak jana pendapatan, biar menulis dengan sebaiknya tanpa perlu menyentuh sensitiviti orang lain, ini penting!, apa yang kita tulis di blog adalah tanggungjawab kita, ingat tu!
2. Rajin
Nak duit tapi malas??, hahhh sampai kesudah duduk tang tu je, rajin kena datang sekali dengan minat tu, buat kerja apa pun kalau rajin mesti dapat imbuhan kan?? imbuhan tu tak nampak hari ni mungkin nampak besok-besok…semuanya makan masa, bukan hari ni buat blog hari ni juga nak income masuk!
“Saya sendiri mula meletak iklan diblog setelah usia blog menjangkau 2 tahun, masa itu saya cuma fokus pada pengisian dan pemantapan blog dahulu”
3. Fokus
Dalam apa pun yang kita buat kita kena fokus dan berfikiran positif, contoh dalam menjana pendapatan melalui blog, fokus itu penting, contohnya mengkaji apa yang readers suka baca, dan suka cari, kemudian aplikasikannya di blog.
4. Bahan Blogpost
Nak jana pendapatan, blog haruslah sentiasa up to date, biar banyak fresh content contohnya tentang isu semasa, berita, cerita artis, drama tv dan banyak lagi bentuk pengisian yang boleh dimanfaatkan bersama pembaca. So bila pembaca ramai, trafik banyak, bila trafik banyak, income banyak..serius tak tipu!, sudah terBUKTI hehee
5. Trafik Blog
Trafik blog? pernah dulu kecoh pasal blogger gila trafik blog kan?, biarkan..mungkin diorang ada matlamat sendiri dalam blogging, saya faham sangat tu, kadang-kadang tak setuju bila ada yang melabel macam tu, jadi jangan suka-suka melabel orang. cuba bagitau siapa yang tak nak banyak trafik blog??, duit nak kan??? so trafik harus mantap ok!, banyak trafik banyak duit masuk!
6. SEO
Salah satu cara paling mujarab dalam menjana pendapatan melalui Blog iaitu SEO, tau apa SEO tu? saya pernah entry dulu, tak faham boleh google je, terapkan entry yang bermanfaat dengan SEO, entry tersebut biarlah entry yang betul-betul berguna kepada pembaca, bukannya entry syiok sendiri pun nak di SEO kan, kesian orang yang google tak dapat apa manfaat dari blog anda, malah cumalah menaikkan Bounce Rate sahaja.
7. Pasang Iklan
Ok dari mana datangnya income tersebut??, banyak caranya iaitu dari memasang Iklan Banner, Affiliate, Advertorial dan banyak lagi. Untuk blog ini, incomenya datang dari Iklan Banner, Advertorial dan Contest.
8. ContactMe
Dalam blog, perkara wajib yang perlu ada iaitu ruangan ContactMe, dari sini advertiser boleh berhubung dengan anda untuk urusan Advertorial, sejujurnya blog ini banyak mendapat advertorial post tetapi tidak semuanya saya ambil, ada yang saya berikan/rekemen kepada rakan lain, dan faktor harga juga memainkan peranan sama ada ianya berbaloi ataupun tidak hehee. Antara jenama yang pernah berkerjasama dengan Blog ini iaitu Dutch Lady Malaysia, Sharp, Hyundai, Petrosains, Bioinfinity, Mofaz, Mitsubishi Electric, Pricepanda, SengHeng, Serverfreak, Maxis, dan ada lagi beberapa..opss yang coming pun ada juga, alhamdulillah.
Kann…tak susah mana pun kalau antara yang saya listkan ini ada pada anda/blog, ini berdasarkan pengalaman saya, orang lain saya tak tahu, nak dapat macam ni bukan sehari dua, makan masa!
– Ada sesapa nak menambah??
mantap sungguh incomenya, sekarang GA benarkan blog yang guna bahasa Malayu ke?
Wahhh mantap ahh…terima kasih kongsikan tips dan panduan berguna ni..hehe
Hafizul recently posted..Nak Semangat Dalam Bekerja
Kalau ada niche blog better la kan… mungkin boleh bantu untuk bina identiti dan branding blog kan…
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Sisters Crispy Popiah ALAMANDA
betul3, perkongsian yg bermanfaat.. yang penting rajin..
HafizAmri recently posted..Ikan Peliharaan Yang Digemari Orang Malaysia
memang benar apa yang dikatakan blogger yang berjaya ini…minat dan rajin perlu bergerak seiring..
kakiblog recently posted..50 Blog Yang Terbaik Untuk Dikunjungi
minat saya pada bidang penulisan sangat mendalam 😀
Tia Fatihah recently posted..Sebelum Bertudung Labuh
jika terlalu fokus dengan wang.. susah juga..
kena perbaiki mutu blog juga
Mus recently posted..Cuba-Cuba Effect Miniature Secara Terus Dari Kamera Nikon D7000
Yang penting kena rajin sebenarnya kan kak. Kalau rajin, buat apa pun pasti menjadi.
Hazmin Hamudin recently posted..Keesamus
thanks for the tips kak~ yang paling pnting minat kan kak~ huhuhu…entri
krole recently posted..Kembali Ke Udara
terima kasih kongsi tips.. banyak membantu ni, usaha tangga kejayaan kan.
wan recently posted..Siti Sarah Bersalin Anak Kedua (Gambar)
Rajin..rajin…rajin…kalau malasssssss….ko. Kalau dah rajin, rajinkan lagi…barulah dpt RM10,107.36 + RM1,984.46 = RM12,019.82. Sungguh banyak tu…
sensasi2020 recently posted..Nak Membongkar Rahsia Seorang Blogger Terkenal Di Contest Review Tak Terkalah
cayalah…kak yanmie memang terbaik dlm membina income dgn blog. Bilalah..pengiklan nak offer di blog saya? Tahniah buat kak yanmie dpt byk tu dekat RM2000. wowwwwwww..memang powerrrr. Terima kasih info yg diberikan.
sensasi2020 recently posted..Nak Membongkar Rahsia Seorang Blogger Terkenal Di Contest Review Tak Terkalah
thanx for sharing..sgt2 berguna, tp nk dpt innity kena hits ribu2 kan sehari? ke camne?
cikcloudy recently posted..Blogger Kak D Comatosewithbraindamage di Harian Metro
thanks kak yan.. tips yg sangat berguna.
cuma bab google adsense tu yang ticky sikit. hehe.. 🙂
nikkhazami recently posted..Yay! Laptop Baru!
wah sepuluh ribu lebih.masyuklah
rozuan recently posted..SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2013 | HADIAH SABUN BASUH SERINGGIT
ikut satu-satu tip ni insyaAllah akan berjaya. wang besar ni….
Denaihati recently posted..Rezeki yang tak disangka-sangka
minat dan rajin…
minat dan rajin…
nak kena hadam ni kalau nak berjaya dalam penulisan blog
wandisini recently posted..Bergambar Di Keretapi Tanah Melayu
cantik nombor kat imej first tu.. 1984.. tahun kelahiran ku.. :p
tak menahan nengok rm10k ! so, silalah ikut jejak blogger2 berjaya buat duit via blog mcm k.yan ni yee…. 🙂
Ummi Hanie @ Nis Azmier recently posted..Lamborghini 3 beradik
yeah memang nak duit pun kalau buat blog kalau tak buat apa buang masa sahaja , baik layan ultraman hehe
onlajer recently posted..Berani Memberi Komentar
huhu.. hebat2.. saya setuju sgt no.2 tu.. kalau tak rajin memang tak guna.. :p
cmratu recently posted..Candid gambar PRU13
Terima kasih kak Yan berkongsi tip2 ni:)
Memang setiap blogger perlu terapkan semua tu dalam diri kalau nak berjaya kan? 😀
Myra Jay recently posted..SBDDB – Kita hanya Merancang
Setuju dengan apa yang Kak Yan tulis ni.. Paling penting adalah rajin.. Kalau malas buat apa2 pun takkan dapat hasil..
Anarm recently posted..Komisyen Affiliate eQurban.com
tahniah. bukan senang tu.
titan recently posted..8 sebab korang kena pergi Seminar Buat duit dengan blog
saya paling setuju bab minat tu..tanpa minat hilang fokus!tu jer..hhehe
sara recently posted..Artis Lelaki Ini Ditangkap Khalwat Walaupun Sudah Bertunang
terbaik lah kak yanmie.. motivate untuk diri ni.. hehehe
Norfanil recently posted..Sinopsis Teduhan Kasih Drama Dibintangi Adi Putra
Btol tu Kak Yan…kalau minat je tanpa kerajinan mmg sangkut takat tu je..macam blog saya le tu…dulu rajin update..tapi sejak fokus lebih skit kat biz yg baru mula ni..heheh..blog pun dah ke laut…jarang update..
Boleh la jumpa Kak Yan kat seminar tu nanti 🙂
amirnawawi recently posted..Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati
Ikutkan ahad pagi free, tapi…segan hihihi
yanmie recently posted..Boleh Ke Buat Duit Dengan Blog?
jomlah pergi..boleh jumpa Yan di sana nanti..
ciklaili.com recently posted..Ruang Dapur Baru
Masih lagi mengali ilmu untuk menjana pendapatan dengan blog. 🙂
akubiomed recently posted..Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™ ke Tablet
Saya pun hingga kini masih mencari ilmu, orang kata jangan pernah berhenti mencari ilmu, insyaALLAH kejayaan menanti…eh?
yanmie recently posted..Boleh Ke Buat Duit Dengan Blog?
minat.. rajin.. tu saya setuju sangat sangat..
KiD recently posted..I Love SAMSUNG
Yep tak minat macam mana nak datang rajin tu kan 😀
yanmie recently posted..Boleh Ke Buat Duit Dengan Blog?