Salam, hari ini suka saya berkongsi Flash Card Untuk Bayi yang mana ianya boleh merangsang otak kanan dan kiri bayi. Saya tak beli pun Flash Card Untuk Bayi ni, saya cuma install di Apple Store, lagi senang dan mudah sangat untuk digunakan, nak install cari je Apps nama English Flash Apps, kat Android Market ada kot rasanya juga.

irfan

Biasanya saya akan ambil sedikit masa pada waktu pagi untuk Baby Irfan melihat Flash Card, mata dia terbeliak kadang tu, memang tumpu kat ipad nengok Flash Card. Bagi saya lagi mudah menggunakan Flash Card menggunakan gadget seperti ipad/tab sebab ianya besar dan mudah dilihat berbanding menggunakan Kad, yang mana agak “leceh” ehehee, saya suka guna teknologi yang ada ni, nak slide pun senang, siap dengan bunyi dan gambar real lagi.

flashcard english

Apa yang menariknya tentang English Flash Apps ini, ianya senang digunakan, gambar yang ditunjukkan adalah gambar sebenar, bukan gambar kartun-kartun, siap dengan bunyi, memang sesuai sangat digunakan untuk merangsang Otak Kanan Dan Kiri bayi. Selain itu apps ini mempunyai banyak kategori seperti mengenal Huruf, Nombor, Kenderaan, Warna, Bentuk Haiwan, Makanan, dan banyak lagi lah kategori lain.

flash card untuk bayi

Kategori Mengenal Haiwan, kan…gambar real, bukan gambar kucing kartun-kartun hihihi.

flash card untuk bayi

Mengenal Huruf

Banyak lagilah….kalau citer kat sini memang berjela-jela, so apa kata korang try sendiri guna, dijamin puas hati.

Selain itu boleh setting untuk bunyi, buat soalan dan suruh anak tap gambar untuk meneka, bestkann??, saya dah rasa macam mana guna flash kad yang jenis kad tu, memang jauh beza seronoknya dengan menggunakan Apps ni, senang difahami dan mudah dikendalikan.

kad imbasan

Contoh Flash Card/Kad Imbasan yang ada dijual di kedai-kedai, tidak menggunakan gambar real, malahan kita kena buat bunyi, kalau bunyi kucing tahan lagi, buatnya kena buat bunyi anjing??, dan gambar atas tu ok lagi, saya pernah “Terbeli” Flash Card yang lagi merapu ala-ala macam kat bawah ni HAHAHAHA (yelah duk dalam kotak mana nak nampak).

flashcard

Pernah Aiman tanya saya “Ibu…bulan ada mata ke?” so apa yang anak lihat itu yang mereka aplikasikan, ingat tu!, saya bukanlah pakar dalam bidang ini, tapi ianya berdasarkan pengalaman saya yang lalu bersama anak-anak yang membesar didepan mata, masih terlalu banyak ilmu keibubapaan yang perlu saya terokai.

Suka saya berkongsi Artikel dari Pa&Ma tentang Kad Imbasan Rangsang Otak Kiri dan Kanan, Ibu Bapa harus baca ni!!

Meletakkan satu gambar pada satu kad dan melayangkannya di hadapan anak akan memastikan dia menerima rangsangan tersebut. Ini adalah kerana anak kecil mempunyai tumpuan yang rendah dan hanya dapat fokus pada satu imej pada satu masa. Sukar untuk memastikan sama ada anak memberi tumpuan kepada objek yang disebut ibu jika terdapat banyak objek lain walaupun ibu menunjuk ke arah objek tersebut.

Keduanya, anak kecil mudah belajar jika dia melihat sesuatu yang konkrit. Mereka belum cukup matang untuk menerima rangsangan atau maklumat atau arahan yang abstrak. Anak akan lebih memahami apa itu kucing jika kita tunjukkan dia gambar kucing(sesuatu yang konkrit)daripada kita hanya sekadar membuat bunyi atau menyebut perkataan “kucing”(tanpa mengetahui rupa bentuknya) atau memberi deskripsi apa itu kucing (abstrak).

Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak , dia akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut.

Kenapa perlu ditunjuk secara flash atau cepat? Sekarang cuba bayangkan rumah anda. Berapa lama masa diambil untuk imej rumah terbayang di hadapan mata. Ramai yang akan mengatakan sekelip mata sahaja. Ini menunjukkan bahawa otak berfungsi secara cepat iaitu otak adalah mekanisme berkelajuan tinggi. Otak jika diibaratkan seperti komputer dapat menghasilkan semula gambaran rumah kita kerana ia sudah diberi input atau maklumat imej tentang rumah pada suatu masa dulu. Dengan itu, apa yang kita lakukan adalah bersesuaian dengan cara otak kita berfungsi. Lagipun, mata dan telinga hanya berfungsi seperti kamera dan perakam suara.

– Cuti sekolah rasa macam Merdeka je hahahaa

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

11 thoughts on “Flash Card Untuk Bayi – Rangsang Otak Kanan Dan Kiri”
  1. memang bagus info yg kak yan beri…teknologi kadang2 berguna sekiranya org gunakan untuk tujuan yg betul..tp sedihnye sy masih lg “mengidam”ipad….waaaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge