Kerabu Jantung Pisang

Salam, pertama kali makan Jantung Pisang, terdetik nak makan sebab dikatakan Jantung Pisang ini juga adalah sumber Penggalak Pengeluaran Susu Ibu, so trylah nak makan sedap ke tak, maklum jelah saya kalau yang pelik-pelik ni memang agak susah nak telan, lagi kalau “organ dalaman” memanglah saya tak makan, tahlah..mungkin sebab mak pak tak makan kot.

jantung pisang

2 minggu juga mencari Jantung Pisang ni, sekali jumpa hahhh amik ko!! comel-comel jantung pisangnya, saya amik 1 biji je, itu pun belum plan nak buat apa dengan jantung pisang ni hahaha.

jantung pisang

Sampai rumah barulah google resepi jantung pisang, dengan line internet yang tak berapa nak cun tu saya malas nak google terus, wassap je geng AJK Propa, mujurlah diorang ajar macam mana proses menyediakan jantung pisang tu hahaha, yang bestnya pakcik-pakcik (blogger bapa2) AJK Propa tu yang ngajar hehee…salute!

jantung pisang

Wassap Bapa2 Blogger AJK Propa kata, mula-mula buang kulit jantung pisang tu, agak-agaklah jangan sampau abis kulit pulak dibuang hehe, sampai tang putih lembut sikit tu, lepas tu rebus, dah lembut baru boleh sediakan untuk kerabu..hehee tq all~

kerabu jantung pisang

Ok bahan asas dah ada, so saya buat kerabu Jantung Pisang, potong kecik-kecik macam kat atas ye.

kerabu jantung pisang

Simple je Kerabu Jantung Pisang ni, letak isi udang, tomato, bawang, cili, limau, garam dan perasa, dah siapp!

Yang bestnya napalah baru sekarang saya try makan Jantung Pisang ni, napa tidak dulu lagi?? hahaa, sedap rupanya jantung pisang ni hiks!

Jantung pisang yang saya rebus tu nampak hitam kan? almaklumlah tak reti dan tak pernah masak sebelum ni, so petua untuk taknak bagi jantung pisang tu hitam ikut macam kat bawah ni :-

Kata Makcik Kujie – “Air mendidih baru letak Jantung Pisang”

Kata Makcik Bee – “letak asam gelugur”

Ok baik makcik2..lepas ni makcik ni follow tips tersebut, ada sesapa nak menambah tips bagi taknak jantung pisang tu hitam tak??

– Ada yang tanya, sapa je geng wassap AJK Propa? kami terdiri dari 5 orang makcik-makcik dan 5 orang pakcik-pakcik, cari sendiri hahahhaa….

You Might Also Like

19 Replies to “Kerabu Jantung Pisang”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge