Salam, baru ni kami Melawat Adik Di Kem PLKN Princess Haliza, on the way balik tu kami singgah Makan-makan Di Pantai Morib Banting sambil cuci mata, sebelum ni lalu je, so kali ni amik kesempatan singgah sekejap, dari rumah nak kesini dekat je sebenarnya tapi tah takde rasa nak pergi hehee.
Kena pulak time pergi ni cun-cun je dapat parking, memang meriah betul tempat ni, ramai family bawa anak-anak lepak sambil makan-makan, syiok!
ramai yang main layang-layang, yang tempat untuk mandi manda tu ke hujung lagi, niat kami gi sini bukan nak mandi tapi nak makan hihihi.
Medan selera Pantai Morib, luas dan banyak kedai, kami pilih port kat atas tanah, syiokk dapat rasa angin pantai tu, nyaman je
Kami sampai sekitar pukul 4-5 petang kot, cuaca dah redup, best!
Mee Kari abang order, tengok balik gambar ni terus teringin hahaha
ABC order 3, abis licin..sedappp!!
Order 4 jenis nasi goreng dengan lauk, ABC 3, Mee Kari 1, Air buah 1, Neslo Ais RM49.00, oklah kan? tapi nasi goreng saya tu MASIN GILAAAA pastu penuh dengan bawang besar, orang yang masak ni tak tau beza bawang besar dengan sayur kot haha, adehhhh serik jadiknya makan kat kedai yang ni -..-“
Sian dia terliur nengok orang makan, menjejeh-jejeh air liur heheee
Dah siap makan…masa untuk balik…
Cari Aiman dan Haziq 😀
Melekat hihihi
Dia pun nak juga, hahahaa sukanya dia ^__^
Ada banyak gambar, tapi upload ni jeler, gini ler penangan lama tak menggodek-godek, gambar tuan punya blog takde sebab macam biasa jadi tukang amik gambar je kikiki.
– Seronok!
Saya baru sekali sahaja smpai ke Pantai Morib ni sekitar tahun 2015
sedapnya makan tepi pantai….teringin nak g…tengah pantang ni leh tgk je 🙂
kedai situ mmg tak best, kalau nk best dekat warung ikan bakar tu, hujung sekali dekat ngn laut, sedap ! nasi lemak pon boleh layan jer..hehe
Lama tak ke Morib nih…teringin pulak nak pergi samada bagan lalang atau morib
Sekarang sudah mau liburan panjang ya, saya jadi pengen menghabiskan liburan dengan keluarga di pantai seperti anda ni..
nice share 🙂
Seronok juga kalau jalan-jalan petang macam ni, tenang je..
Morib dah jauh berbeza dari masa kami ke sana 6 tahun dulu. Nampak lebih cantik.
Tapi parking sesusah dulu juga ke?
waaa best jalan jalan la gini
Hmmm..memang menarik kalau blog berbahasa Melayu letak iklan adsense macam ni, income mesti masyuk..tahniah kepada owner blog!
Yanmie tak jumpa awek Morib yang bro Titan katakan. Dengar teh o ais laici disana sedap.
baguslah.. nak makan senang.. anak-anak nak main pun senang
dah lama sangat tak ke sana
cantik pantai morib kan
Saya pegi makan kat situ masa cuti kat gold coast aritu 2x makan ikan bakar..dua2 tak sedap lepas tu mahal pulak tu 5 orang makan RM200++. Saya rasa agak mahal utk 2 ketul pari, 1 sotong, telor & sayur je. Silap pilih kedai kot huhu.
hang memang salah pilih kedai kot. hang pilih kedai mana??? paling mahal pun, seratus lebih. jarang cecah 2 ratus aku makan kat sana.
Seronok dapat bersantai – makan-makan tepi pantai… Jeles neehh~
Abc tu nampak menyelerakan.. hehe…
comelnya baby tu 🙂
hoho..tak try sotong bakar morib tu?