Salam, baru-baru ini kami berkesempatan Melawat Adik Di Kem PLKN Princess Haliza Sepang, perjalan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Shah Alam, coz time tu kami gerak dari Shah Alam, baru lepas mengundi, kalau dari Klang ni dekat sikit kot lalu kut banting tu, takpe insyaALLAH ahad ni nak pergi melawat dia lagi, bolehlah ikut Banting pulak.
Memang cantik Kem PLKN Princess Haliza Sepang ni, bersih, teratur je semua, lokasinya di Kampung Ulu Teris Sg. Pelek. Bukanlah di dalam hutan-hutan, berhampiran dengan kawasan perkampungan, kem ni pun kat tepi jalan je, dengarnya Kem PLKN Princess Haliza Sepang ni antara kem yang terbaik dan tercantik, memang untung siapa yang dapat masuk kem ni, yeker?, khabarnya kem ini juga menempatkan golongan anak-anak VIP dan juga artis, antara artis yang pernah menjalani latihan di kem PLKN ini iaitu Diana Danielle, Alif Satar, Suki.
Melangkah masuk ke Kem PLKN Princess Haliza Sepang ini, hati saya senang sekali melihat persekitarannya yang harmoni, semuanya teratur, siap ada kedai lagi, kot bosan makan kat kantin boleh beli makanan lain kat kedai tu. hah..yang bestnya kem plkn ni ditanah yang rata, so tak perlulah nak mendaki turun naik kalau nak kemana-mana dalam kem ni.
Kami menyembang di Dewan Perjumpaan Keluarga, iaitu Dewan Syarahan juga.
Dewan mampu memuatkan beratus-ratus orang pelatih
Pondok rehat
Dewan Makan, snap dari jauh je…
Pelatih cilik hehee
Dari jauh nengok diorang nyembang hihihi
Khusyuk kami laki bini dengar adik cerita rintihan kisah pahit manis, suka duka dia dalam kem ni hahahhaa.
Sebelum balik…kemarin kulit adik bertukar warna yang sangat memberangsangkan hahahha, hampir tak kenal pun ye, dengan rambutnya yang macam tu hihihi.
InsyaALLAH ahad ni gi melawat dia lagi…
Kalau lah time saya sekolah dulu ada PLKN ni kan best!, seronok je tengok aktiviti dalam PLKN ni, pelik ada juga budak yang tak suka dapat masuk PLKN kan??
– Psstt!! kat sini ada pelatih VVIP juga tau nnggee~
samalah, aya pun tak berpeluang untuk PLKN sbb masa tu tak wujud lagi..hehe
PLKN nie retis remaja pun ada terlibat jugak – DIANA DANIEL salah seorang darinya kan….
Kem PLKN Sentosa di Tapah pun antara yg tercantik.
pernah jadi lokasi penggambaran telemovie cerekarama. heheh.
Kem saya tu. LOL!
emm cantik juga kem PLKM nie.. x penah gi lagi
Kalau mula diperkenalkan dulu memang selalu kedengaran orang tak nak pergi PLKN ni. Tapi sekarang ni macam dah ok je agaknya kan.
lalu bantingkahh? haha
memang nampak kemas dan teratur kem PLKN ni, seindah namanya kot…
siapa pelatih VVIP tu?
anak dari golongan vvip, mereka istilahkan pelatih vvip.tapi layanan sama je klu kat plkn ni 😛
Program untuk membangunkan insan.
iye betul tu..