Salam, lupakan seketika bahang panasnya PRU13 yang baru berlangsung pada 5 mei yang lalu, nak cerita tentang pengalaman pertama kali mengundi hehee, excited betul, padahal kalau nak dikira sepatutnya sebelum ini saya dah boleh mengundi 2x, ini masuk kali ke 3, tapi kali ke 3 ni baru ada rasa nak turun mengundi nnggee~
Pagi tu giliran suami mengundi dahulu di kampung, dan bila urusan suami dah setel, seawal pukul 10 pagi kami gerak balik ke Klang, dan sebelum itu giliran saya pulak untuk membuang undi, jadinya singgah dulu gi mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam.
Kaunter semakan SPR untuk daftar pemilih, saya tak semak pun disini coz dah semak awal-awal lagi di laman web SPR, so dah tahu saluran mana.
Saya mengundi di Saluran 6, untung saya sebabnya sampai-sampai sahaja terus boleh mengundi, tak perlu beratur panjang macam kat saluran-saluran lain hehee, mungkin pengundi di Saluran 6 dah ramai yang membuang undi, sebab saya sampai sini pun dah pukul 3 petang kot.
Ini kalau tak silap di Saluran 4, perghhhh~ ramai gile
Laju je saya snap sebelum masuk membuang undi, hahaa dasar blogger!!
Dakwat Kekal, setakat hari ini (masuk 3 hari) masih ada lagi dakwat kekal ni di jari, tapi sikit-sikit jelah, takdelah macam masa mula-mula kena calit macam kat atas tu.
Baru snap kejap tadi, masuk hari ke 3, masih ada lagi sisa-sisa dakwat tersebut, ada yang cakap guna axion untuk hilang kan, tapi kat rumah ni takde axion, ada sunlight aje hehee, takpelah biar dakwat ni hilang dengan sendirinya, tak sanggup pulak nak guna petrol hahaa, yelah nak pegang baby kan payah pulak dengan bau petrol tu huuu~
Oklah tahniah pada yang menang, pada yang kalah tidak semuanya kalah~ daa..malas citer pasal politik, suka amik tahu aje, tapi tak suka nak zahirkan rasa itu…ini…bak kata orang “Undi adalah rahsia”, tapi undi suami saya tahu hahahaa….
– Nanti nak cerita tentang dakwat kekal pulak, ada cerita kelakar hehe ^__^
Aya paling semangat mengundi tahun ini.. ye ke? haha
saya pn first time..seronok dan teruja!
Laaa baru pertama kali mengundi ekk..hehe..amboi hilang begitu sahaja..hehe
pehh..memang hilang la.
Kalau di Indonesia jari kelingkingnya mbak yang dicelupkan ke tinta
Selamat mengundi
alhamdulillah selesai tugas sebagai pengundi dan petugas. Semua berjalan dengan lancar…. mcm mana.. 5 tahun lagi nak mengundi ka nak relax saja kak?
saya kali ketiga. kali pertama masa 21 tahun masih bergelar mahasiswa , kedua ms mengandungkan si sulong dan ketiga dah bersalinkan yg kedua 🙂 hehehe
saya pun tahun nih kali pertama mengundi. patutnya kali ke dua tapi yang pertama dulu tak berkesempatan sebab masuk wad
saluran 5 tak ramai orang. hoho..
bard tak ada rezeki nak mengundi kali ni..kena tunggu PRU 14 nampaknya.. =)
hehe bestnyer mengundi..
Alhamdulillah selsai 1 tangungjawab rakyat m’sia… dah hampir hilang dakwat.
Comey sungguh jari jemari tue…. hehehehehe
Saya pun tidak menunggu lama untuk mengundi walaupun pergi keluar mengundi waktu tengahari.
tak boleh mengundi , tapi timeline penuh dengan politik. Sedih je tengok rakan2 sebaya yang bercakap umpama mereka turun mengundi.
sy pon pertama kali ngundi…tp kali ni mengundi terase semangat betul..tak macam mengundi sebelum2 ni..sy pun saluran 6 gak..tp bile beratur je..kakitangan spr kate kene ambik no saluran beserta no siri skali..penat2 beratur kene patah balik pi ambik no..rase nk nages je geram pn ade..dah bwk perut mengah rasenye..dakwat pun dah hampir hilang..hari2 dok membasuh kene sabun..hehe
Saya belum boleh mengundi lagi,
Saya pun kali pertama juga. Excited sangat sampai kul 745 dah sampai dan menunggu pusat mengundi dibuka. Nak jadi orang pertama tak kesampaian. Rupanya dah ramai yang menunggu nak jadi orang pertama.
Tudiaaa awalnya, sama macam suami saya keluar awal juga sebab nak elak dari kena beratur panjang.
Tahniah, moga UNDI Cikpuan adalah benar. 🙂
Jika UNDI cikpuan adalah kerajaan yang memrintah sekarang, bersyukurlah tetapi yang lebih pasti Manifesto-nya. 🙂
Jika UNDI cikpuan bukan kalah tetapi tak menang lagi, bersyukurlah juga. Teruskan bersamanya. 🙂
(p/s- saya tak dapat balik Malaysia UNDI,ada exam.)
Haaa…undi BENAR lah tu, dah kena calit tang jari
dalam website spr dia ada bgtau saluran berapa.. tapi bila saya semak balik kat tempat ngundi, saya ngundi kat saluran lain.. pelik jugak mcm mana bleh tak sama.. nasib baik semak lagi sekali kat kaunter tempat ngundi tu.. kalau main redah je ikut apa yg tgk kat web spr, entah2 xde nama.. musykil jugak kenapa jadi camtu..
Oh yeker?? akak & abang dengan yakinnya ikut info kat laman web spr je, mujurlah betul, kalau tidak risau juga nama tidak ada dan kena beratur di saluran lain pulak, tapi pelik ye napa jadi gitu??
Saya first time mengundi tahun nie . Excited dan nervous gila masa nak pangkah calon .. hahahaa . Bangun awal pagi rasa macam pagi raya jea ..
Heheee samalah akak pun 1st time mengundi juga ni, memang bangun awal, dia punya meriah tu macam pagi raya, anak-anak pun bangun awal 😀