Lafaz Niat Puasa Ramadhan Serta Doa Berbuka Puasa

Salam, Lafaz Niat Puasa Ramadhan Serta Doa Berbuka Puasa nak share, tinggal beberapa hari je lagi nak Puasa dah, rasanya sikit hari lagi akan diumumkan Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2013 – Penetapan Awal Puasa, ada ke yang tak ganti puasa lagi ni? hah..cepat-cepat ganti, ada sedikit masa je lagi huhuuu~. Orang tua-tua cakap tak elok buat apa pun last minit kekeke.

NiatPuasa Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Berbuka

Kot lah ada yang terlupa bacaan Lafaz Niat Puasa Ramadhan Serta Doa Berbuka ni kan? takpun senang baca terus Niat Lafaz Puasa Sebulan.

Continue reading “Lafaz Niat Puasa Ramadhan Serta Doa Berbuka Puasa”

Lasagna Sedap

Salam, semalam Aiman kata nak Lasagna tapi nak nyebut tak reti, tapi saya faham dia nak Lasagna hehehe, ni kali ke 2 saya buat, yang time buat ni siang tadi kemain lagi dia keluar masuk dapur, tak sabar nak makan Lasagna kehkehkeh. Layan Lasagna kat bawah ni, serius sedap kat tekak anak-anak sebabnya licin diorang makan hihihi yelah kalau tak licin dah tentu tak sedapkan?

Lasagna

Resepi Lasagna ni ambil dari blog Amir OhMalaysia, thanks mir untuk resepi Lasagna ni, sedap aiman  dan haziq kata, siap thumbs up lagi sambil makan siang tadi hehehee, cuma kat Lasagna atas tu akak tambahkan sosej, since Aiman terjumpa sosej dalam peti hehehe.

Continue reading “Lasagna Sedap”

Drama Demi Dia Akasia TV3

Salam, nak habis dah drama Teduhan Kasih, dan drama yang akan menggantikkanya iaitu Drama Demi Dia Akasia TV3, akan mula bersiaran pada 3 Julai nanti, kalau tidak ada pindahan tarikh. Dengarnya tajuk asal drama ini bertajuk “Diari Azura”, ilham dari filem Azura 2012? apa pun tak sabar nak tengok!

Drama Demi Dia Akasia TV3

Antara pelakon yang membintangi Drama Demi Dia Akasia TV3 ini iaitu Elfira Loy, Zoey, Dynas, Amar Baharin dan ramai lagilah. Apa yang menariknya, drama ini banyak melakukan penggambaran di luar negara seperti di Negara Jerman, Austria.

Continue reading “Drama Demi Dia Akasia TV3”

Sinopsis Ramadan Yang Hilang Samarinda TV3

Salam, Alhamdulillah tak lama lagi dah nak Puasa, tak terasa  cepatnya masa berlalu. Pastinya drama sempena ramadan ni semua best-best, antara drama yang dinantikan iaitu Drama Ramadan Yang Hilang Slot Samarinda TV3, layan jom Sinopsis Ramadan Yang Hilang dulu.

sinopsis ramadah yang hilang

Sinopsis Ramadan Yang Hilang Samarinda TV3

Drama Ramadan Yang Hilang Mengisahkan tentang konflik diantara dua orang adik beradik iaitu Zafirah dan Delisha, Delisha merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah, Delisha selalu mendapat lebih perhatian dan kasih sayang berbanding Zafirah yang mana merupakan anak kandung ibu bapanya sendiri iaitu Zubir dan Saadiah sehinggakan Zafirah begitu terasa tersisih.

Continue reading “Sinopsis Ramadan Yang Hilang Samarinda TV3”

Bayi 6 Bulan Batuk Dan Selsema

Salam, Bayi 6 Bulan Batuk Dan Selsema, itulah yang terjadi kat Baby Irfan sekarang ni, adakah sebab faktor cuaca? sekarang ni pun dah tak bawa Baby Irfan keluar, duk berkurung je dalam rumah, pintu dan tingkap pun tutup, maklumlah kualiti udara sekarang ni sangatlah tidak sihat.

baby nose cleaner

Sepatutnya kena bawa Baby Irfan ke Klinik untuk Checkup 6 bulan, tapi kami tangguhkan dahulu. biar betul-betul keadaan kualiti udara diluar terjamin baik barulah bawa gi jumpa doktor, lagi pulak Baby Irfan tak batuk kuat, cuma sekali sekala aje, selsema pun biasa-biasa je tapi tulah tak senang duduk dibuatnya sebab ada masa-masanya hingus tu macam mengganggu.

Continue reading “Bayi 6 Bulan Batuk Dan Selsema”

Terkini Bacaan Index Pencemaran Udara (IPU Jerebu) Setiap Jam

Salam, Terkini Bacaan Index Pencemaran Udara (IPU Jerebu) Setiap Jam, Alhamdulillah kualiti udara pagi ini semakin baik, pintu pun dah boleh buka, segar je rasanya dapat hirup udara segar lepas hujan ni. Syukur ALLAH mendengar doa kita meminta hujan diturunkan, alhamdulillah.

jerebu di klang

Hari ini setakat pukul 5 pagi tadi, bacaan IPU di Pelabuhan Kelang menurun ke 163* alhamdulillah, harapnya semakin menurun lagi, jadinya anak-anak kita boleh bersekolah seperti biasa, hari ni dah masuk 3 hari anak-anak saya bercuti akibat jerebu ni.

Continue reading “Terkini Bacaan Index Pencemaran Udara (IPU Jerebu) Setiap Jam”

Sekolah Yang Ditutup Rabu 26.6.2013 – Sekolah Di Daerah Klang, Petaling Perdana & Seri Manjung Perak Ditutup

Salam, Sekolah Yang Ditutup Rabu 26.6.2013 – Sekolah Di Daerah Klang, Petaling Perdana & Seri Manjung Perak Ditutup berikutan kualiti udara yang sangat tidak sihat dan berbahaya, perkara tersebut dimaklumkan melalui laman media dan TV3 (saya tengok tv3). Nampaknya 3 hari dah anak-anak bercuti sekolah, jenuhlah nak ganti nanti. Doa moga-moga Jerebu cepat reda, amin…

jerebu di kl

Alhamdulillah petang tadi sekitar pukul 6 petang hujan sekejap di Klang ni, harapnya bacaan IPU semakin menurun. Bukan apa, selagi Jerebu ni tak reda selagi tulah anak-anak tak dapat pergi sekolah, lagi pulak kanak-kanak memang senang terdedah dengan bahaya.

– Mudahan cepat reda masalah Jerebu ni, aminn~

Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2

Salam, Akhirnya terjawab sudah siapakah juara masterchef selebriti malaysia 2, Tahniah diucapkan kepada Syura, Juara Masterchef Selebriti Musim Ke 2. Benarlah gosip-gosip di facebook sebelum ini yang mengatakan beliau juara masterchef selebriti 2.

syura juara masterchef selebriti 2

Syura memenangi Hadiah penerbangan kelas perniagaan dari MAS Airlines Pesawat Airbus A380 ke Paris untuk 2 orang serta berjaya menyumbang sebanyak RM60,500 kepada Breast Cancer Welfare Association (BCWA).

Dua-dua pun sama hebat, tahniah juga kepada Celina.

– Syurah ada Instagram tak ye? hihi

Makanan Pertama Bayi 6 Bulan – Solid Food

Salam, Sekejapnya Dah 6 Bulan Dah Baby Irfan ni, so dah mula kenalkan dia dengan Makanan Pertama Bayi 6 Bulan, dan alhamdulillah juga penyusuan secara exclusif selama 6 bulan pertama berjaya, syukur. dan sehingga kini Baby Irfan masih dengan Penyusuan Susu Ibu.

makanan untuk bayi

Makanan pertama bayi adalah pada umur bayi 6 bulan, bukan 4 atau 5 bulan!, terkejut saya bila suami cerita anak kawan dia dah makan nestum masa umur 2 bulan, perghh!!! ok rasa macam nak marah pun ada kat mak pak baby tu huuuu~

Continue reading “Makanan Pertama Bayi 6 Bulan – Solid Food”

Sekolah Ditutup – Index Pencemaran Udara (IPU) Jerebu 250 Keatas

Salam, Sekolah Ditutup – Index Pencemaran Udara (IPU) Jerebu 250 Keatas, dah 2 hari anak-anak saya tak bersekolah, sekolah ditutup ekoran Index Pencemaran Udara IPU yang tidak sihat dan berbahaya. Hari ini setakat pukul 7 pagi tadi Terkini Bacaan Index Pencemaran Udara – IPU Jerebu 25 Jun 2013 Malaysia mencatatkan Pelabuhan Kelang dengan bacaan 487 berbahaya. Jadiknya rehat dirumah sahaja, tutup pintu, tingkap, bau asap kuat~

jerebu di pelabuhan kelang

Gambar #nofilter setakat pukul 7.30am tadi.

Setakat ini hanya sekolah dikawasan Pelabuhan Kelang sahaja ditutup ekoran bacaan IPU yang sangat tidak sihat dan berbahaya.

Continue reading “Sekolah Ditutup – Index Pencemaran Udara (IPU) Jerebu 250 Keatas”