Salam, Sekejapnya Dah 6 Bulan Dah Baby Irfan ni, so dah mula kenalkan dia dengan Makanan Pertama Bayi 6 Bulan, dan alhamdulillah juga penyusuan secara exclusif selama 6 bulan pertama berjaya, syukur. dan sehingga kini Baby Irfan masih dengan Penyusuan Susu Ibu.
Makanan pertama bayi adalah pada umur bayi 6 bulan, bukan 4 atau 5 bulan!, terkejut saya bila suami cerita anak kawan dia dah makan nestum masa umur 2 bulan, perghh!!! ok rasa macam nak marah pun ada kat mak pak baby tu huuuu~
Ok jom tengok menu apa yang sesuai untuk Bayi 6 Bulan ni?
Gambar diatas adalah senarai solid food untuk bayi, so boleh refer senarai tersebut, perkenalkan anak dengan makanan tersebut secara berperingkat.
Sebaiknya beri anak makanan/susu yang ibu sediakan sendiri, elak beri makanan dalam tin, apa pun terpulang pada ibu bapa, saya faham kekangan masa dan keadaan membuatkan ramai yang tidak dapat menyediakan sendiri keperluan untuk bayi seperti ini, tetapi tidak kurangnya juga, saya bangga dengan Ibu-ibu yang berkerjaya yang mana mampu menyediakan makan minum anak sebelum ke tempat kerja dan diberikan kepada pengasuh.
saya sendiri berazam untuk tidak memberikan Baby Irfan makanan tin/dalam kotak seperti Nestum, biskut, masa abang-abangnya dulu saya bagi juga nestum heheeee, ilmu cetek sangat time tu -..-“
Cara mengendalikan makanan bayi yang di ice cube kan
adalah sama dengan cara pengendalian EBM
Sekarang ni saya beri Baby Irfan makan Puri Buah secara berperingkat, lepas ni kenalkan pulak dengan puri sayur-sayuran sebelum diberikan bubur nasi bersama ikan/ayam, saya perlu mengenal pasti dahulu makanan apa yang ok dan tak ok (alahan) untuk dia.
Macam mana nak tahu kalau baby alah atau tak terhadapan makanan? yang ni nanti saya entrykan, dah panjang entry ni, meleret-leret dah heheee, banyak benda nak kongsi tentang bayi ni, insyaALLAH saya akan kongsikan disini pengalaman saya bersama Baby Irfan, (saham abang-abangnya dah jatuh).
– Buah mango tu sedap..manis, 4 bijik rm17.00 pheww~
Anak saya baru pertama kali makan, kotorannya kayak gumpalan jadi agak susah dan nangis buat ngeluarin kotoran, apa itu efek dr pertama makan makanan atau efek dari makanan tersebut ya
Anak saya bulan Maret sudah 6 bulan, makasih sudah memberikan tips yang bagus untuk makanan bayi … 🙂
hi slm.tq utk tips resepi yang menarik.
sedikit perkongsian, sekadar berkongsi, menurut USFDA, bayi 4 bulan sudah bole diperkenalkan dengan makanan selain susu ibu/susu formula.dalam bentuk puri buah-buahan / sayuran yang boleh seperti saudari lampirkan.bezanya, khas bayi 4 -5 bln, kuantiti yang dibenarkan amat terhad. dalam 1-2 sudu kecil sehari sahaja.
bole rujuk artikel berikut juga;, http://www.babycenter.com/0_introducing-solids_113.bc
p/s: doktor biasanya menegah dari sebarang pengambilan, sehinggalah bayi berumur 6 bulan. akan tetapi, fleksibiliti bole dipertimbangkan jika bayi ada tanda seperti dikongsi dalam link diatas serta berserta rujukan PAKAR KANAK-KANAK (PAEDIATRICIAN)
yeaaaa. akak tq kak.. anak saya nk masuk 6 bulan dah nih
Saya suka buat puri brokoli dan carrot.
Sedap.
Orang dewasa pun suka.. Nie kan pula kanak-kanak kan.
Tq atas perkongsian..bby sy baru masuk 6bln..tgh mikir nak bg puri apa dlu.. 🙂
Terima kasih atas perkongsian.. Anak saya pun dah masuk 6 bulan…cari idea puree
Nampaknya.. lepas minum susu badan.. sekarang ni tambah makanan pejal
Makin bam bam la jadinya ni
alololo.. montelnya dia.. sooo cute…
Jadi buat bayi ada waktunya untuk boleh makan sesuatu ya..
baru tahu hehehe…
Pemakanan yang sihat patut pon badan irfan gebu, 🙂
aaloooo comelnye 😀
Wah comelnya..muga pemakanan baik memberi kesan yang baik utk masa depan nya..
Comel nya irfan makan nak sikit boleh irfan,
x sabar tunggu bulan depan. hehehe. tapi baby saya mcam kecik ajer nak makan. hahaha
puri memang sedap
Unrung irfan dapat mak yang rajin, terliur pula tengok buah pelam tu..
bagus sangat ni dapat sediakan sendiri, memang rajinlah k yan.
sayur dan buah buahan pasti sangat baik utk kesihatan
Alahai… Tembamnya baby… Sebab dapat makanan yang berkhasiat….
husna sampai sekarang refuse nestum…lebih suka makan nasi bubur…beli juga sebab kot tetiba ada hari malas…nampak gaya…malas pun kena gagahkan diri juga sediakan bubur setiap pagi…;-)
Wah sudah mula makan solid food.