Salam, baru ni saya ada masak Ketam, teringin pulak nak makan, jarang beli ketam sebab leceh nak makan hihihi, dah lama tak masak tu apa lagi, nak ler masak sedap-sedap biar tak terasa penat time makan sambil buang kulit ketam tu hehee, jom saya shareĀ Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai, Sedap!, resepi sendiri ni š
Serius resepi ketam masak pedas ni agak banyak menggunakan bahan, so harusla hasilnya 5 bintang..ehh?? hahaa sebab abis licin uuuu, dengan kuah-kuahnya sekali licin, anak siap tunjuk ibu jari “Sedappppnnyee Ibu Masak” hahaha, anak-anak ni kalau komen memang jujur okeh! hehee
Resepi ni dinamakanĀ Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai sebab ada menggunakan Paste cili Thai, selebihnya idea saya sendiri.
Bahan-bahan :-
- Ketam
- 1 Batang Serai
- Daun limau purut 10 keping
- Daun Ketumbar Segenggam
- Cili api, suka hati banyak mana
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Halia
- Asam Keping 1 (besar)
- Serbuk Kari 2 Sudu
- Cili Giling 3 Sudu
- Paste Cili Thai 2 Sudu
- Gula & Garam sedikit
Cara Memasak :-
- Bersihkan ketam, rebus dahulu, buang apa yang tak patut, dan potong 2.
- Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti
- Dalam Periuk/kuali, panaskan minyak, masukkan Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Serai hingga naik bau
- Masukkan cili giling dan kari yang dah dibancuh sehingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai.
- Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi, agak-agaklah kuah nak banyak mana ye.
- Kacau hingga rata, masukkan asam keping, gula dan garam.
- Akhir sekali masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.
- Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi berkahwin (bersatu).
- Dan bolehlah dihidang…sedapnyee!!
Letak juga daun ketumbar sebagai hiasan
– Masuk dalam List menu berbuka puasa hihihi~
Amboi sedapnyaaaaaaaaaaaaaa
rahadian recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari
Amboi sedapnyaaaaaaa
rahadian recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari
Dah try masak memg sedap la..tq yan
Nampak macam banyak isi je ketam nie.. pandai kak yan masak, š
MindaKini recently posted..Bicara Rawatan Islam Ustaz Faizal Mualij
Sedapnya kak yanmie.. mai hantar sikit, hehehe
Hafiz recently posted..Adab Menyambut Kelahiran Bayi
Guna Paste Cili Thai memang sedap, terliur tengok
Bedak Arab recently posted..SNE Kapsul Dan Beutskin Essence
Ada perencah rahsia patutlah sedap. š
kena try buat resepi ketam masak pedas nie…
Wan Fauziā¢ recently posted..Himpunan “Tidak kepada Keganasan”
wah, nih memang confirm sedap nih, isinya ketam tuh je dah manis.
eiela recently posted..Theme Baru Di Musim Jerebu
pergh, mesti kaw2 pedas ni
rozuan recently posted..KENCHANA TERSINGKIR | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 EPISOD 38
wahhhh nampak sungguh2 menyelerakan yan, orang kata guna cili thai tu memang sedap
ketam masak kari atau pedas, memang sedap maa…goreng biasa pun dah sedappp..inikan masak pedas.
titan recently posted..Blogger blogspot susah nak buat duit..kan?
aduh yan…bbanyak sedap maaa
poerghhhhhhhhhhhh melelh air liur tgkkkkk…..sedapppnya Yan… x pernah cuba pun……huhuhuhuh
sumijelly recently posted..Jerebu! Oh, jerebu!
Fuhhh Sedapnya… Tergoda iman time puasa ni… hehehe
Anuar recently posted..Contest SEO : MyKad Smart Shopper
Hmm sedapnya masak ketam ni..Mmg favourite tu.. nnt nak minta org rumah masak resepi ni lak..
kalau ketam memang lain macam terliurnya..slrpppp..hehehe
eliss recently posted..Macam mana nak design personalize Fridge Magnet dengan mudah
Sedapnya…. kena siap siap obat colestrol.
Abdur Rozak recently posted..“Change Permissions” Alternatif Untuk Menyelamatkan WordPress
sedapnye. macam ni dah boleh bukak thai seafood.
Denaihati recently posted..Rombongan Intel Malaysia ke Penang
ermm sedap2 , ingatkan tomyam … hee nanti try cili pes tu ..
puanbee recently posted..Jerebu sebelum dan selepas di cheras