Salam, Sekolah Ditutup – Index Pencemaran Udara (IPU) Jerebu 250 Keatas, dah 2 hari anak-anak saya tak bersekolah, sekolah ditutup ekoran Index Pencemaran Udara IPU yang tidak sihat dan berbahaya. Hari ini setakat pukul 7 pagi tadi Terkini Bacaan Index Pencemaran Udara – IPU Jerebu 25 Jun 2013 Malaysia mencatatkan Pelabuhan Kelang dengan bacaan 487 berbahaya. Jadiknya rehat dirumah sahaja, tutup pintu, tingkap, bau asap kuat~
Gambar #nofilter setakat pukul 7.30am tadi.
Setakat ini hanya sekolah dikawasan Pelabuhan Kelang sahaja ditutup ekoran bacaan IPU yang sangat tidak sihat dan berbahaya.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, kawasan yang mencatatkan Index Pencemaran Udara melebih 250 boleh ditutup dengan memaklumkan dahulu kepada Kementerian Pelajaran, manakala sekiranya bacaan 300 dan keatas, sekolah wajib ditutup berikutan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan. Dan sekiranya Bacaan tersebut dibawah 250, sekolah perlu dibuka semula.
Jadinya kita sebagai Ibubapa ni kenalah peka dan mengambil tahu tentang isu semasa ni. Nasib baik jugalah Cikgu anak-anak ni prihatin, menghantar sms memaklumkan tentang cuti sekolah. Hemmm bila lah agaknya masalah jerebu ni nak baik, ni dah cuti 2 hari, jenuhlah nak buat sekolah ganti nanti.
– Hari ini akan diadakan Solat Sunat mohon Hujan di Masjid Negara selepas waktu Zohor~
Alhamduliah nampak cerah sikit 🙂 kanak-kanak dah boleh pergi sekolah 🙂
Bayak sekolah buat masa nie di tutup sementara, jawab nya sekolah di rumah je la buat masa nie
memang bahaya sekarang ni kak yan kalau bagi anak gi sekolah .. takut anak yg ada masalah asma akan bertambah parah.. dengar cerita hari ni dekat johor hujan turun dengan lebat.. doa2 supaya KL dan selangor pun diturunkan hujan..
mudahan makbul Solat Sunat mohon Hujan di Masjid negara nanti.
tinggi bacaan ipu tu kyan…
kami yg tak tinggi sgt kat sini pun keadaan nmpk berjerebu, langit tak clear… nmpk berasap je…
patotnya x payah bukak lagi sekolah. tengah teruk lagi jerebu ni
Anak-anak saya masih bercuti. Duduk didalam rumah kerana bimbang penyakit Asma menyerang jika terdedak kepada jerubu.
Hari ni sekolah di buka semula di kawasan tekpat tinggal saya.. Tapi saya dapati pagi ni jerebu lebih banyak daripada semalam… Sebagai langkah keselamatan saya tidak membenarkan anak saya bersekolah pada hari ini…