Salam, nama GM Klang tidak asing lagi dikalangan peniaga, syurga barangan borong ada disini, macam-macam jenis barang yang dijual, saya suka sebenanrya Shopping Borong Di GM Klang ini untuk kegunaan sendiri, nak berniaga tu takde skill lagi hehee. layan~
Jarak GM Klang ni dengan rumah lebih kurang 5 minit je, dekat sangat!, tapi serius saya jarang kesini, sampai je kesini bila saya berjaya bodek en.suami hahahahaa, mana tidaknya kat sini boleh rambang mata jadinya, dah masuk sini jangan haraplah nak lepak sejam je, mau berjam-jam duk dalam ni, semua benda pun nak beli -..-“
Saya suka beli barangan untuk kegunaan sendiri, macam saya ni anak 3 orang so berbaloi beli borong, boleh pilih untuk ketiga2 diorang, takdelah branded mana pun, nama barangan borong tapi ianya bagi saya berkualiti juga, ada yang mahal dan ada yang murah, terpulang anda nak borong yang mahal atau yang murah, pilihan ditangan anda.
Macam-macam barang untuk baby ada, meriah singguh lah, poket pun koyak rabak lepas keluar dari sini heeee.
Beli 2 Baby Bullet ni, dapat harga borong, berbaloi betul!, nanti entrykan…
Rompers tidak dilupa, percaya tak yang Baby Irfan ada lebih 60 helai rompers?? kikiki, ada yang mahal ada yang murah. nengok aje di Instagram gambar2 Baby Irfan dengan Rompersnya, suka tengok baby pakai rompers, comel sangat ^__^.
Ok itu je gambar yang sempat saya snap, coz tak ingat dah nak amik gambar, ingat nak shopping je time ni hehee, opss…lupa juga amik gambar di kedai Takoyaki hihihi.
So pada anda yang nak kesini, sila sediakan duit banyak-banyak ye!, setakat RM200-300 tak cukup kot 😀
– Shopping itu juga terapi kekekeke~
salam sis…blh bg nma kedai yg jual baby bullet tu…? berminat nk cari…klu ade cntct 1x ok jgk…
salam…sis blh bg nma kedai yg jual baby bullet tu..? nk cari utk ank…
salam,
boleh bgtau x harga rompers brapa yg mcm kat atas ni kat sana?
pakaian baby berbaloi tak beli kat GM?
nak pergi survey rasa jauh so bfr g sana igt nk tanya2 org je dulu…
tq
wah..mesti banyak barang yang best-best nih..
60 rompers?!! mak aih..macam ni kena tambah lagi 6 orang anak..hehehe…
Kalau shopping barang baby, Aya tak kisah pun keluar duit banyak.. hehe
Memang rambang mata bahaya bawa menteri dapur dekat sini. 🙂
rambang mata teman dibatnya….
kena spend pulus byk2 kalau nk pi sini..kalau tak baik tk yah pergi…hehehehehe…
tempat yg palinggg teringn nak p …. bila nak sampai entah… syurga shopping…
pernah g GM kat KL tu… tp kat situ nampak padat.. tapi tak tau la kalu skrg dah berubah kot…
pastu kenanga wholesale tu.. besar gak…
boleh yek ambik gmbr.. sbb masa g kenanga tu pekerja tu x kasi ambik gmbr..hehehe
tp kalu anak ramai sesuai kot beli kat GM ni sbb bila beli banyak murah sikit kan?
macam 2 barang ada ye
kalu dkt ..akak pun nak g…rambang mata kan..
wahh banyak nya barang borong.. rabun mata juga nie kalau pergi
wow banyak giler product
Nak pi jgk…kalau dekat hari2 pi…. 🙂
belum pernah pergi
hanya pernah ke GM Chow KIt sahaja 🙂
bahaya ni, “shopping juga terapi”. kalau “window shpoping juga terapi” memang bagus…heeee.
wahh…mmg boleh rabak pokek. belum sempat smpai sana lg. rasa mcm nak kesana jgk satu hari nnt ^^
Kakpb pun suka shopping banyak2, lps beli simpan sampai luput tarikh…hehe.
GM ni takpernah sampai, ntah bila agaknya.
setuju!
shopping itu terapi
waa… mmg menggila kalau masuk GM ni yer…