Aksi Gedik Baby Irfan

Salam, 2 hari tak update blog, saya sibuk dengan urusan diluar, semalam saja seharian berada diluar, sibuk dengan persiapan raya (sibuklah sangat hahahaa). ada banyak benda nak entry diblog ni, tengah susun mana yang nak didahulukan, mana yang dikemudiankan, disamping nak siapkan beberapa advertorial.

baby irfan

Sebelum tu layan dulu Aksi Gedik Baby Irfan hihihi, suka sangat sekarang ni coz banyak benda dia dah tahu, dah tu pandai pulak buat-buat merajuk, dan paling tak tahan pandai mengada-ngada hahaha, kalau baby buat perangai macam ni comel lah kan? kalau orang besar hemmm….tak mau layan hahaha.

Continue reading “Aksi Gedik Baby Irfan”

Resepi Cara Buat Sambal Belacan Sedap

Salam, Resepi Cara Buat Sambal Belacan Sedap, meh nak share cara buatnya, ni versi lain sikit, memang sedap, adik saya buat sambal belacan gini, kalau dia yang buat boleh meleleh air mata pedas plus sedap tu hihihi.

sambal belacan sedap

Sambal belacan ada banyak jenis, tapi jenis yang adik buat ni memang ngam dengan tekak, pedas pun tak kisah hahahaa, suka sangat tau sambal belacan dia buat tu, sambal belacan orang banjar kot, suami dia orang banjar, kalau kami ni dikampung kurang gemar makan sambal belacan, ni pun start makan since kenal suami dulu hihi.

Continue reading “Resepi Cara Buat Sambal Belacan Sedap”

Resepi Murtabak Roti

Salam, Resepi Murtabak Roti nak share dengan sorang Mak Buyung tu, teringin katanya hihihi, senang je nak buat Murtabak Roti ni, bahan nak guna pun senang nak dapat. Daripada membazir buang roti yang dah nak expired tu, baiklah buat murtabak roti ni.

murtabak roti

Baru-baru ini stok roti yang tinggal masih banyak, dah tak tau nak buat apa, nak buat puding roti macam jemu lah pulak, roti john pun sama, hemm…fikir punya fikir oleh sikit, buat Murtabak roti hehee, jom layan~

Continue reading “Resepi Murtabak Roti”

Iftar Ramadhan Bersama Denaihati Network

Salam, hari ni baru sempat nak up entry Iftar Ramadhan Bersama Denaihati Network di Hotel Singgahsana Petaling Jaya, terima kasih atas jemputan, seronok dapat jumpa kawan-kawan yang lain, biasalah ada yang dah pernah jumpa beberapa kali dan ada yang 1st time jumpa.

Iftar bersama Denaihati Network

Maaflah kalau ada yang tak tertegur semasa majlis berbuka hari tu, saya ni serius pemalu orangnya, dan maaf kalau ada salah silap sepanjang pertemuan.

Continue reading “Iftar Ramadhan Bersama Denaihati Network”

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut

Update : PRK Kuala Besut: Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman diumum pemenang dengan majoriti 2,592 undi.

Salam, Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut akan diketahui seawal pukul 8 malam ini, bermula pukul 8 pagi tadi seramai 16,534 pengundi yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut telah mula turun menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat mereka yang baru.

pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut

Pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut kali ini menyaksikan satu lawan satu iaitu diantara Calon BN, Tengku Zaihan merupakan seorang Jurutera dan lawannya dari Parti PAS iaitu Endot @ Azlan Yusof / Che Long seorang Kontraktor.

Continue reading “Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut”

Gambar Anak Lelaki Kate Middleton Dan Putera William

Salam, tengok dah Gambar Anak Lelaki Kate Middleton Dan Putera William?, comelnyeee!!, ni baru sikit je, kalau dapat tengok gambar full baru puas hati rasanya hihihi, sehingga kini nama anak Kate Middleton Dan Putera William masih belum lagi diumumkan.

Gambar Anak Lelaki Kate Middleton Dan Putera William

Pasangan Putera William dan Duchess of Cambridge, Catherine atau Kate Middleton ini menerima cahaya mata pertama mereka pada 4.24petang isnin (waktu tempatan) yang lalu, bayi comel mereka lahir dengan berat 3.8kg, besar juga tu, seterusnya

Continue reading “Gambar Anak Lelaki Kate Middleton Dan Putera William”

Dah 7 Bulan

Salam, maaf blog kelaut sikit 2-3 hari ni, saya sangat sibuk dengan budak kecik kat rumah ni yang Dah 7 Bulan usianya genap semalam 21.7.2013, alhamdulillah syukur Baby Irfan membesar didepan mata.

Irfan

Gambar sumber : AzmanIsmail

Banyak yang baby Irfan dah boleh buat sekarang ni, dah pandai sangat mengada-ngada, kalau duk kat rumah tak mau nak berenggang dengan ibu nye, buatlah apa pun janji dia mesti nampak muka ibu, tak nampak muka ibu je dia mesti menangis..oh..anak!!

Continue reading “Dah 7 Bulan”

(Gambar) Abby Abadi Kahwin Baru

Salam, Abby Abadi Kahwin Baru, alhamdulillah akhirnya teka teki gambar-gambar yang Abby Abadi bagi hint di Instagram sebelum ini akhirnya terjawab juga, tahniah Kak, tumpang gembira.

abby abadi kahwin baru

Gambar Abby Abadi dan Suami

Baca sendiri pengakuan yang Abby kongsikan di laman instagram milik beliau, hihihi serius tumpang gembira, lagi suka tengok keakraban Abby dan Memey, macam adik beradik.

Continue reading “(Gambar) Abby Abadi Kahwin Baru”

Pulut Durian

Salam, menu berbuka puasa juga ni Pulut Durian, suami teringin nak makan pulut durian, punyalah susah nak cari durian kat klang ni, pergi NSK tak jumpa pulak, last-last ke Giant Bukit Tinggi Klang baru ada, kami beli yang dah siap buang kulit, senang hehee.

pulut durian

Suami beli Durian Musang King, 7 bekas RM100

Oklah kot harganya sebab dah buang kulit, kalau beli yang sebijik tu belum tentu lagi elok dalamnya kan?, yang best makan durian Musang King ni puas sangat, Isi banyak, biji kecil, nyumss…

Continue reading “Pulut Durian”