Anak Berpuasa – Tak Bangun Sahur Tapi Nak Puasa

Salam, alhamdulillah hari ini kita berpuasa hari ke 7, syukur kali ini anak-anak saya berpuasa sangat CEMERLANG (siap caps lock lagi hahaa), berbanding tahun yang lepas. Aiman puasa ponteng 2 hari, biasalah dia tak berapa nak tahan lapar hahaa, takpe slow-slow, tapi yang membanggakan saya iaitu Haziq, dia berpuasa penuh setakat ini, alhamdulillah, tahniah anak!, ibu bangga sangat denganmu.

haziq berpuasa

Gambar berbuka, seronok dia dapat durian, hantu durian ni, hihihi

Walaupun usia Haziq 6 tahun tapi dia begitu gigih ingin berpuasa, cuba bayangkan kelmarin dia berpuasa tanpa bersahur, saya terlajak bangun, lepas azan subuh baru terjaga hemm…, so tak bersahurlah myhero-hero -..-“

Suami tetap berpuasa walaupun tidak bersahur, Haziq juga gigih ingin berpuasa tanpa bersahur,

Ibu : Angah…larat tak? (saya pulak risau takut pitam ke apa ke)

Haziq : Iye Bu..Angah nak puasa

Ibu : (dalam hati rasa bersalah sebab tak terjaga time sahur) Ok angah jangan banyak main ye.

Aiman : Ibu….laparnya..kenapa tak kejut sahur?, lapar laa…nak makan!! (bunyi merungut)

Ibu : (Sebab rasa bersalah dan kesian sangat tak terjaga time sahur) Oklah abang makan menyorok ye.

Aiman : Ibu..abang makan sini ye (kat bawah meja, tepi-tepi) hahahaa…lawak pulak!

Dalam pada Suami dan Haziq tidak bersahur, kami sempat lagi siang tu ke Pasaraya NSK beli barang dapur, kelihatan Haziq yang mesra di panggil Angah, begitu ceria dah larat je nak bergerak, ni kalau Abangnya ni mau kena heret berjalan hahahaha.

Jadinya jangan jadikan alasan tidak sempat bersahur untuk tidak berpuasa, anak kecik umur 6 tahun ni pun boleh berpuasa, lupa niat?? apa susahnya terus je baca niat puasa sebulan, dah setel..jangan cari alasan lagi, hehee.

Seronok layan Gelagat anak-anak Berpuasa ^_^

– Anak korang pulak macam mana??

You Might Also Like

21 Replies to “Anak Berpuasa – Tak Bangun Sahur Tapi Nak Puasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge