Salam, hari ni nak share Cara saya melatih anak berpuasa, alhamdulillah setakat hari ini puasa Haziq masih penuh dan aiman ponteng 2 hari. Alhamdulillah bagi saya ianya satu pencapaian yang agak baik bagi usia kanak-kanak seperti mereka iaitu 6 & 7 tahun.
Bagaimana saya melatih mereka berpuasa? caranya sangatlah mudah dan santai sekali, tak perlu tegas sangat, biar anak rasa enjoy berpuasa, main cara halus punya hehee. Tapi pokok pangkalnya dari ibubapa sendiri, kena banyak sabar melayan karenah anak berpuasa. Jom saya share :-
- Kejutkan anak untuk bangun bersahur, seeloknya lagi 30 minit habis waktu.
- lepas sahur tak perlu sambung tidur, terus je solat subuh dengan anak, lepas solat subuh anak akan bersiap-siap untuk kesekolah.
- Di sekolah sudah tentu tidak boleh makan, kantin buka tapi untuk murid bukan islam.
- Tengahari anak balik sekolah dah tentu letih, saya faham tapi saya galakkan mereka untuk terus bertahan.
- Meja makan clear, jangan ada apa-apa makanan diatas meja sebelum masuk waktu berbuka, takut ada yang tergoda nak makan hehee
- Tengahari minta anak tidur, bila dah tidur badan dapat berehat jadi tak ingat nak makan
- Saya tak galakkan anak-anak bermain gadget, nanti puasanya hanyalah untuk gadget, maksud saya disini, nak puasa je kalau diberi gadget..saya tak nak macam tu!.
Tidak boleh ada makanan diatas meja, nanti anak teringin nak makan!
Bila lapar saya ajar anak cakap macam ni :-
“Ya ALLAH, saya lapar tapi saya sayang ALLAH, saya nak puasa Ya ALLAH”
Jadi tiap kali saya dengar anak-anak menyebut ayat diatas, saya tahu mereka sedang menahan lapar heheee. Sekarang ni alhamdulillah dah tak dengar mereka ulang ayat diatas, maknanya mereka dah boleh menyesuaikan diri dengan berpuasa, alhamdulillah.
Anak-anak cakap :-
Ibu…sekarang ni dah tak lapar macam masa mula-mula, seronoklah..
Saya cakap :-
Alhamdulillah, sebab tu kena banyak sabar, itu salah satu tujuan untuk kita berpuasa.
Dalam melatih anak berpuasa ni, kita kena banyak bercerita tentang kebaikan berpuasa, apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan sehingga membatalkan puasa.
Dan Untuk menu sahur dan berbuka kami ala kadar sahaja, saya tidak mengajar anak untuk makan mewah-mewah dibulan puasa mahupun membazir kerana tujuan kita berpuasa adalah untuk menahan diri dari segala hawa nafsu dan tidak membazir, dan alhamdulillah anak-anak faham dan tidak merungut tentang menu bersahur dan berbuka.
Jadi anda pula bagaimana?, jom kongsikan cara anda melatih anak-anak berpuasa ^_^
p/s – Komen selepas pukul 8 malam akan hilang, saya pindah server petang ni.
Thanks for sharing your thoughts. I really appreciate your efforts and I will be waiting for your further post thanks
once again.
lebih kurang je tips kita kakyan… heee..
cuma ank2 nis mmg main gajet tp bukan sbb umpan puasa… sbg hiburan sedikit… siang mmg diwajibkan tido
Semoga sukses mbak dalam melatih anak untuk berpuasa
Tetap semangat berpuasa buat anda dan keluarga 🙂
“Ya ALLAH, saya lapar tapi saya sayang ALLAH, saya nak puasa Ya ALLAH” boleh ajar kat anak nie.. 🙂
terbaiklah tips ni..leh cuba dgn lebih serius utk baki puasa yg ada utk si kakak yg baru 5 tahun ni…
paling penting, nak kena setting minda anak2 dgn kita bercerita itu dan ni..macam yg kak yan cakaplah…
best!
nasib baik along dan angah tak terpengaruh dengan irfan yang minum susu, kalau tidak ada yg minta nak menyusu gak…hehe
bila anak2 dah berjaya, seronok je , kan….
melentur buluh dari rebungnya…
diorang faham konsepnya..tak susah sebenarnya. 🙂
hehe, saya suka cara Kak Yanmie mengajar anak ni, terbaikkk
tapi antara husna dan aliya , husna lagi tak larat padahal sekolah sesi pagi kejap je , aliya sekolah sesi pagi petang ..
walauapa pun dah masuk beberapa hari ni , anak2 dah biasa ..dengan rela hati nak puasa.
Teraiklah. Aiman mungkin tak larat sebab penat dah bersekolah penuh.
Boleh di cuba cara nie, thanks kak yanmie..
Bersabar melatih anak-anak berpuasa. 🙂
Kak Yanmie boleh menjadi contoh ibu cemerlang… Terima kasih di atas perkongsian info… 😉
Mcm ni la mak saya buat dulu… Cuma mak saya siap tunggu kt tmpt bas skolah anta, tolong bawak beg, dah tu kena tido tengahari… Kalo xtido siap kena marah..wahahahaha
Eh sama pulak hahahahaa…gelak akak baca ni 😀
tolong bawakan juga beg anak-anak tapi sampai depan pagar rumah je hehee
hahahaha!!! tpi ok la akak… hahaha… latihan mcm ni best… xyah nak upah teruk2 sehari seringgit ka apa.. mmg enjoys jer posa..
iye betul tu lal, masa akak dulu puasa sebab nak duit upah hahhaa, teruk betul 😀