Hari raya tak lama lagi kunjung tiba, pastinya saat inilah yang dinanti-nanti oleh semua orang untuk menghias dan mencantikkan rumah, saya sendiri bercadang ingin mengecat bilik anak, nak beri kelainan dari yang sebelum ini sempena raya, mesti anak-anak suka ni.
Maklumlah bilik diorang sekarang ni punyalah kotor, conteng macam-macam kat dinding tu, dah tu lekat macam-macam sticker, pening saya tengok!. Segan pula dengan tetamu yang datang tengok bilik anak macam tu hihihi, jadi saya nak cat bagi cantik, bagi suasana terang dan ceria, kira cat sempena raya lah ni.
Jadinya saya memilih untuk menggunakan cat Dulux Inspire Baru kerana ianya dengan Teknologi Chrome Brite, dapat melindungi daripada kepudaran, biar nampak ceria je selalu. maklumlah cat kalau tak pilih yang berkualiti memang cepat pudar, Dulux Inspire baharu ni mempunyai kemasan yang licin, cerah lagi terang, memang suka sangatlah!
Saya pilih Cat Dalaman berwarna Horizon Blue DSC1101B, tak sabar nak cat hihihi, sebelum ni dinding bilik anak saya warna putih je, memang biasa-biasa sangat, kali ni agak terang dan ceria warnanya, cuma sekarang ni saya tengah fikir, nak cat 1 wall je ke ataupun cat keseluruhan bilik diorang??
Oh ye, selain Warna Horizon Blue DSC1101B yang saya pilih, terdapat juga pilihan 22 warna yang sedia ada dan 192 warna POST (iaitu warna adunan mesin) dalam lapan kumpulan warna bagi memberikan pelbagai pilihan warna untuk menghiasi kediaman sempena musim perayaan ini.
Dulux Inspire terdapat dalam 2 jenis :-
Dulux Inspire Interior
Apa yang menariknya, Cat Dulux Inspire Interior (Dalaman) ini mempunyai Sebatian Organik Meruap (VOC) yang rendah serta kurang berbau tau, ianya juga memberikan kemasan yang cantik dan licin selain mudah untuk disapukan.
Dulux Inspire Exterior
Cat Dulux Inspire Exterior pula memberikan kemasan kusam dengan kelegapan yang mencukupi untuk liputan cat yang luas serta ciri tahan alga dan kulat, tahan menggelupas dan tahan kotoran.
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik :-
Untuk mendapatkan hasil yang optimum, Anda di syorkan untuk menyapu satu lapisan Dulux Exterior/ Interior Wall Sealer atau Dulux Primer yang bersesuaian sebelum menyapu sekurang-kurangnya dua lapisan cat Dulux Inspire.
Lagi Info Dulux Exterior/Interior Wall Sealer:-
- Dulux Exterior/Interior Wall Sealer sesuai untuk permukaan batu dalaman yang baru dicat atau yang telah dicat seperti batu bata, plaster, simen, dan lepa.
- Ianya tahan alkali, tahan gelupas
- Dulux Inspire mematuhi kedua-dua persijilan Label Eco SIRIM dan Green Label Singapura selain berasaskan air serta rendah VOC dan rendah bau.
Cat Dulux Inspire ini terdapat di kedai-kedai Dulux terpilih dalam kedua-dua rangkaian cat Dalaman dan juga Luaran dengan saiz pek 1 Liter, 5 Liter dan 18 Liter.
Untuk keterangan lanjut :-
Call : 1-800-88-9338 (Isnin-Jumaat, 9am-5pm)
Email : customercare.my@akzonobel.com
Website : www.dulux.com.my
Facebook : facebook.com/DuluxMalaysia
Yang pastinya suami sayalah orang yang paling sibuk untuk mengecat bilik anak ni, bersungguh-sungguh suami bagi idea hihi. Ok nantikan hasilnya ye.
bilalah agaknya nak tukar cat baru kat rumah ni..
dulux jenama yg dipercayai, cat pun cantik, tp harga pun cantik
cat kurang bau tu memang bagus..
minggu depan nak tarik tangan cik abg gi beli cat ni… warna hijau jd pilihan…. kena la dengan warna kain yg baru beli td..entah sempat ke tidak nak jahit nanti… hihihi…
*kain langsir
menarik warnanya.. nampak lebih ceria…
Warna biru memang sesuai untuk bilik anak-anak tu Yan. Selamat mengecat.
Iye Kak Long itu pun puas juga memilih hehee 🙂
Bulan puasa banyak rumah yang direnovasi dan di cat ulang untuk menyambut hari raya beberapa minggu mendatang
nice info
Iye Rina, saya sendiri mengambil kesempatan untuk mengecat ruangan bilik anak-anak.
Rina macam mana pula?
dulux antara cat yang terbaik,belum cuba belum tahu, 🙂
Iye betul tu, kat kampung mak selalu guna cat dulux je kalau nak cat rumah.
Apa lagi boleh cuba kali ini, sempena raya kan 🙂
Cantik cat nie, boleh beli dan cuba nanti…
nampak macam bau wangi jer
Cat ni bagus sebab ianya kurang berbau tau 🙂
Bagus juga cat Dulux ni,harga pun boleh tahan
Iye Wazy, harga mampu milik, tak mahal mana sangat pun, untuk cat interior RM76.00 dan exterior RM96.00 bagi 5 liter.
cukup segar warnanya. ada banyak masa lagi nak ngecat rumah ni….heee
Sempat lagi nie kalau nak cat, Raya lambat lagi..
Boleh sangat, apa lagi dah boleh plan sekarang pilih cat warna apa untuk raya ni 🙂
Tunggu warna pilihan DH plak heheee.
harap2 masa cukup dan ada, maklumlah ada anak kecik ni…ermm..tapi yang mengecatnya suami hehee
Wah lepas ini bilik anak-anak akan bling-bling. 🙂
Itulah tengah fikir, kalau cat ada lebih boleh cat sekali ruang tamu, tapi kena tengok gak warna tu match tak dengan ruang tamu, tapi yang pasti cat bilik anak dulu, bagi nampak meriah sikit sempena raya ni, anak-anak pun ada tetamu tau, kawan2 datang terus ajak masuk bilik main hehee
Abang Long & Angah mesti suka sangat kan. Cantik warna Horizon Blue tu Kak.
Diorang tak tau lagi nak cat bilik diorang, surprise hahahaa 🙂
teringat ms awal2 masuk rumah hr tu, gigih laki bini mengecat malam2 buta semata2 tak sabar nak masuk rumah baru dan jimat kos:p
Hehee memang seronok kan cat rumah, lagi rumah baru memang tak kisah kot cat malam2 buta, janji puas hati hehee 😀
Boleh cat Rumah baru pada hari Raya nanti… Nak pilih cat rumah warna apa yer?
Banyak pilihan warna yang cantik2 tau, boleh tengok kat sini http://www.dulux.com.my/EN/pdf/Inspire-Colour-Catalogue.pdf 🙂