Salam, Seronoknya Menyediakan Makanan Untuk Bayi – Puri Mangga, guna pulak Baby Bullet Magic, eee suka sangatlah dengan Baby Bullet ni sebab senang nak guna, bahan pulak cepat hancur tau, tekan kejap-kejap je. Memang puas hati sungguhlah heheee.

baby bullet magic

Baby Bullet Magic, comelkan?? banyak lagi sebenarnya komponen dalam kotak Baby Bullet ni, tapi Ya Rabbi..punyalah malas nak ambil gambar, nak keluarkan segala mak nenek dalam kotak tu..haish…maybe next time ler kot, bila mood rajin tu mari, bukan apa ada yang nak tengok barang-barang dalam kotak tu, apa je yang ada kan…nanti cerita lain ye *cari mood dulu*

baby bullet magic

Puri Mangga, sedap pulak sebab tak masam..manis, tapi yang jenis ni mahal sikit. Oh ye sebenarnya banyak dah menu yang saya buat untuk Baby Irfan ni, tapi baru ni rajin nak share, insyaALLAH lepas ni saya share untuk rujukan bersama ye. Bukan apa banyak soalan masuk ke email tanya pasal bab-bab Baby ni hihihi, padahal saya sendiri pun belum cukup ilmu bab ni, takpelah belajar sama-sama sambil tu, betul tak?

puri mangga

Puas hati betul, halus je buah mangga ni, tak payah tapis-tapis da, boleh terus bagi baby makan.

puri mangga

Senang letak dalam bekas Baby Bullet ni, ice cubekan, nak makan jek amik 1 bekas tu, biarkan seketika diluar then stimkan sebelum bagi makan kat baby. senang sangat, sekali makan 1 bekas tu habis, tak membazir tau!.

puri mangga

Siap dengan silikon storage lagi, memang senang nak keluarkan dari bekas.

puri mangga

Nampak tak apa yang saya nak tunjuk kat gambar atas ni? Bekas simpanan makanan Baby Bullet tu mempunyai tetapan tarikh, jadi senang nak ingat bila makanan tersebut disediakan, bestkan?

ice storage

Ice Storage ni saya beli di pasaraya NSK, konon nak buat stok simpan lauk-lauknya yang di sejuk bekukan, tapi sekarang tak guna lagi sebab Baby Irfan belum start makan lauk-lauk tu semua. Saya guna untuk buat ice cube heheee.

makanan untuk bayi

Omnomnommm…sedap katanya ^_^

baby irfan

Sampai comot-comot dia makan hihihi.

Ok jom saya share resepi/cara menyediakan Puri Mangga :-

  • Buah mangga yang betul-betul masak ranum dibersihkan dahulu dan potong kecik2 macam dalam gambar
  • Air masak/susu ibu
  • blend macam biasa
  • tapis sekiranya buah tersebut kasar, (saya tak tapis sebab buah tu halus)
  • Sedia untuk disimpan/beri pada bayi

Info Buah Mangga :-

  • Kaya dengan Vitamin A, E & C
  • Mangga dapat membersihkan darah
  • Menurunkan suhu badan ketika demam
  • Dan banyak lagilah..boleh google
  • Yang penting SEDAP!

Untuk buah mangga ni saya tak kukus sebab setengah orang kukus buah dahulu, saya guna fresh2 gitu sebab buahkan boleh dimakan segar-segar?, buat apa kita buang khasiat yang ada dalam buah tu?, lainlah kalau sweet potato ke, kentang ke..yang tu haruslah kukus/rebus dahulu.

– Seronok nengok Baby Irfan makan berselera ^_^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

32 thoughts on “Makanan Untuk Bayi – Puri Mangga Guna Baby Bullet”
  1. dulu msa cikgu plkn sy dapat baby, macam macam resepi baby dia buat and share kat fb..
    segala jenis puri ada…
    nak try tpi takde baby lagi. hehe..
    sambil2 tengok simpan untuk baby sendiri nanti..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge