Salam, kemaruk makan kerang, hari tu buat Kerang Berapi, semalam Menu Berbuka Puasa – Kerang Bakar, setakat hari ini semua menu saya sediakan sendiri, tak jejak kaki lagi ke Pasar Ramadan, memang biasa gitu lagi suka masak sendiri dari beli di Pasar Ramadan.

kerang bakar

Biasanya kalau pergi Pasar Ramadan pun kalau teringin nak makan benda-benda lain. ni tunggu teringin jeler ni heheee, setakat ni belum lagi, enjoy masak untuk family ^_^

kerang bakar

Kerang bakar ni saya rebus sekejap lepastu toskan then masukkan kedalam Pemanggang Ajaib untuk dibakar, tujuannya agar kerang tersebut kering, oh ye kenapa saya rebus dahulu? sebab nak bagi kerang tu senang lekang dari kulit kerang tersebut.

kerang bakar

See comel je kan??, best huuuu kerang beli di NSK ni besar-besar lagi, puas betul!

kerang bakar

Makan ratah gitu je pun best sangat, saya guna pencicah sos thai mae pranom

sos thai mae pranom

Ini dia Sos nya, cicah keropok goreng pun sodap!!

kerang bakar

Nyumsss….

Saya tak kacau-kacau pun kerang tu dalam pemanggang tu, biar je, tutup kejap bagi air kering then buka dan biarkan je macam tu, masak guna api sederhana.

– Hari ni nak buat pulut durian pulak ^_^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

17 thoughts on “Menu Berbuka Puasa – Kerang Bakar”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge