Salam, menu berbuka puasa juga ni Pulut Durian, suami teringin nak makan pulut durian, punyalah susah nak cari durian kat klang ni, pergi NSK tak jumpa pulak, last-last ke Giant Bukit Tinggi Klang baru ada, kami beli yang dah siap buang kulit, senang hehee.
Suami beli Durian Musang King, 7 bekas RM100
Oklah kot harganya sebab dah buang kulit, kalau beli yang sebijik tu belum tentu lagi elok dalamnya kan?, yang best makan durian Musang King ni puas sangat, Isi banyak, biji kecil, nyumss…
Pulut Durian atas permintaan suami ^_^
Dulu-dulu masa mula kawin saya terkejut juga, Durian makan dengan pulut?? ataupun mangga dengan pulut?? hihihi jakun, sebabnya di Sabah takpernah lagi mak or sesapa je yang buat makan macam ni. Trylah makan, memang sedap..ngam pulak dengan tekak.
Pulut durian ni dimakan bersama santan, gula ataupun air garam. lain negeri lain cara kot, ni cara mak mertua saya, cara orang kedah.
– Durian ada lagi sikit, nak buat pencicah Roti Jala petang ni ^_^
nak! nak! nak!! waaahhh… 7 bekas tu RM100 tu okay laaa.. asal isinya mantap!
KiD recently posted..Buka Puasa di Hospital Kajang
hehe terbaik.. buat gua teringin pulak
wow..menarik..meleleh air liur huhu
cahayaair recently posted..KEJAM PELAJAR DITARIK RAMBUT LALU DISERET DIATAS LANTAI
yap. kat sabah memang takde pulut-pulut pelik nih. hoho..
adoii, ni yg nak pi cari durian nihhh
Juan recently posted..Apa Itu Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) Malaysia
teringin nak makan pulut durian…
Wan Fauzi™ recently posted..Pelajar Terbaik Mesir Hadiahkan Untuk Dr. Mursi
Hmm… nyummy..
Selamat menikmati 🙂
Rina recently posted..Create CSS Responsive Pricing Tables Design For Website
Kombinasi antara durian,pulut,santan,gula atau air garam ni memang membangkitkan selera..
** Tengok gambar je pun dah menyelerakan..
Hairul Azni recently posted..Kebaikan Dan Keburukan Coklat
oo.. stlye cicah durian seulas2 gitu ye… kami minggu pertama puasa mak dah buat pulut dan kuah durian… haihh cedap
Ummi Hanie @ Nis Azmier recently posted..[Info Zakat]: Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2013 bagi seluruh negeri di Malaysia
kalau terengganu pulak, santan dan gula melaka pulak tambah kat atas tu. aduhaii.mencabar keimanan ni.
eliss recently posted..Jom dapatkan Photo Magnet Sempena Hari Raya nanti
Tuh dia. Semalam Roti Jala. Hari ini pula pulut durian. 🙂
Sedapnyela, lama dah tak pekena Pulut Durian belah utara…
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress
Syukur… sekarang baru masuk musim durian… tak lama lagi keluar semula kisah-kisah durian macam tahun lepas… heheheh
yangbaik recently posted..Sesi bergambar kenangan | Photoshoot time!
Wahh sedapnya kak yanmie.. meleleh air liur..
Macam nie rupanya isi durian Musang King
MindaKini recently posted..Rawatan Batu Karang
saya jakun lagi ni kak haha tahun ni baru tahu ada orang makan durian dengan pulut.. sebelum ni kalau makan dengan pulut durian tu buat macam kuah gula dulu.. tempat saya panggil serawa durian.. 2-3 minggu lepas baru tahu wujud pulut durian ni
topo recently posted..Bangunan Paling Besar di Dunia Telah Siap Dibina di China