Resepi Cara Buat Sambal Belacan Sedap

Salam, Resepi Cara Buat Sambal Belacan Sedap, meh nak share cara buatnya, ni versi lain sikit, memang sedap, adik saya buat sambal belacan gini, kalau dia yang buat boleh meleleh air mata pedas plus sedap tu hihihi.

sambal belacan sedap

Sambal belacan ada banyak jenis, tapi jenis yang adik buat ni memang ngam dengan tekak, pedas pun tak kisah hahahaa, suka sangat tau sambal belacan dia buat tu, sambal belacan orang banjar kot, suami dia orang banjar, kalau kami ni dikampung kurang gemar makan sambal belacan, ni pun start makan since kenal suami dulu hihi.

sambal belacan sedap

Bahan-bahan :-

  • Belacan agak-agaklah ye
  • Bawang Merah setengah ulas
  • Cili padi ikut suka hati banyak mana
  • Garam sikit
  • Gula sikit
  • Air asam/limau

sambal belacan sedap2

Cara Menyediakan

  • Goreng bawang, belacan dan cili padi hingga naik bau dan bawang tu nampak lembik sikit
  • Angkat dan tumbuk, sambil tu masukkan garam dan gula
  • Tumbuk hingga lumat
  • Tambahkan air asam
  • Dalam kuali, goreng lagi sekali sambal belacan tadi dengan sedikit minyak untuk bagi kick sikit rasanya
  • Sedia untuk dihidang bersama nasi panas-panas phew~

Ada lagi resepi sambal belacan yang sedap, mak mertua punya sambal belacan sedap, saya dah follow semua bahan-bahan dan step-stepnya tapi tak menjadi, pelik hahaha, mungkin air tangan tu kot yang buat sedap kan? hihihi.

sambal belacan sedap

Ok korang kalau ada resepi sambal belacan yang lain bolehlah kongsi, nak juga try versi korang. yang biasa saya buat tak goreng, ni resepi sambal belacan dari adik saya.

– Selamat mencuba, sedap tau ^_^

Comments

  1. di Indonesia akhir2 ini harga cabai mahal sekali, perkg hampir sama dengan harga daging sapi jadinya tidak bisa buat aneka sambal padahal saya suka sekali dengan pedas ..
    btw, trims atas resepnya mbak 🙂

  2. sedapnaya sambal belacan, kalau ala kelate macam mana, saya tak tahu buat…tapi arwah ibu memang ehmmm sedap, semua bahan tu dia bakar lalu ditumbuk spt apa yg kak yanmie buat tu….

Leave a Reply

Your email address will not be published.