Salam, Resepi Murtabak Roti nak share dengan sorang Mak Buyung tu, teringin katanya hihihi, senang je nak buat Murtabak Roti ni, bahan nak guna pun senang nak dapat. Daripada membazir buang roti yang dah nak expired tu, baiklah buat murtabak roti ni.
Baru-baru ini stok roti yang tinggal masih banyak, dah tak tau nak buat apa, nak buat puding roti macam jemu lah pulak, roti john pun sama, hemm…fikir punya fikir oleh sikit, buat Murtabak roti hehee, jom layan~
Resepi Murtabak Roti :-
Bahan-bahan
- Roti, saya gunakan (4) roti panjang yang biasa guna untuk sandwich sosej tu, tapi tak kisah roti apa pun boleh
- Daging Ayam kisar 2/4, saya guna daging ramly kisar, sedapp!
- Telur Grade A 2 biji
- Sedikit minyak
- Bawang merah
- Daun ketumbar/daun bawang
- Garam sedikit
- Sos Cili
- Mayonis
Cara Menyediakan/Memasak
- Pukul telur terlebih dahulu, tambahkan perasa, daun ketumbar, daun bawang
- Dalam kuali, masukkan minyak sedikit, tumis bawang dan daging ayam kisar sehingga masak, kejap je pun dah masak sebab isi ayam tu dah dikisar.
- Angkat ayam tadi dan masukkan dalam bekas berisi telur yang dipecahkan tadi, gaul-gaul
- Dalam bekas lain letakkan roti, dan tuangkan telur yang berisi ayam tadi ketas roti dan gaul-gaul
- Panaskan minyak sedikit, bila kuali panas baru masukkan roti yang dah dicampur telur tadi.
- balik-balikkan roti tadi dalam kuali sehingga kekuningan dan masak.
- angkat dan tuangkan sos cili berserta mayonis
- Sedia untuk dihidang.
Senang sangat, proses menyediakan dan memasak tak sampai pun 20 minit, cubalah..sedap tau, dari beli kat luar lagi mahal, isi pun sikit hehee.
ni separuh je, separuh lagi duk dalam kuali ajaib, tak ingat nak snap
Resepi atas ni boleh juga korang pelbagaikan dengan meletakkan sayur campuran, saya tak buat gitu sebab anak-anak tak makan sayur huuuu~.
– Selamat mencuba ^_^
Terima kasih untuk resepi..sy tgh cari resepi ni sebab nak abiskan roti yang expired tu..bakar guna magic pan ke yea??
mcm mana ? carik2 roti letak dalam bekas ye kak ? haishh tk faham la ..
bila sebut murtabak.. lama dah tak makan murtabak…
rindunye malaysia… hidup seorang perantau…
sedapnya roti,huhu..baru lepas sahur dengan telur goreng kosong,sedihh..
macam roti john pun ada nih.
Ni murtabak-nya beda dengan yang ada di Indonesia ya … bagus tuk dicoba di dapur ni resepnya
terima kasih banyak mbak atas sharingnya ya 🙂
thanx resepinya kyan.. walaupun mak buyung itu bukan saya… ehehehe~
Pertama kali melihat murtabak roti. Topingnya tentu sedap dan menjilat jari.
saya suka murtabak, sodap
wahh..memang sedap habis la macam ni..
Sedapnya… kalau macam ni boleh buka bazar ramadhan nie, mesti rami yang beli
dapat makan nih jer pun dah kenyang nih , tak perlu jamah nasi pun takpe…hehe
mesti laris waktu berbuka nanti ni, tak yah dah kuih muih lain
sesungguhnya baru hari ni saya tau akan kewujudan murtabak roti..hihi
Emmm… Sedapnya… Boleh buat berbuka ni… 😉
wah bagus ni yan, lepas ni tiada lagi orang buang roti begitu sahaja sebab byk resepi boleh dibuat.
wahh mudahnya nak buat.. tapi perasa tu ajinomoto ke apa kak?
oh dah tulis garam, kalau perasa kang orang letak ajinomoto je tapi garam tak letak pulak kan..ehheee
nampak mudah simple dan senang.. boleh di cuba ni