Roti Jala Untuk Berbuka Puasa

Salam, semalam buat Roti Jala, kebetulan menu sama dengan Kak Kujie hihihi, lama juga tak buat roti jala ni, kelmarin siang-siang hari lagi dah teringin nak buat, apa lagi capai semua bahan yang ada, mujurlah semua bahan lengkap hihihi

roti jala

Saya guna Pemanggang Ajaib je untuk membuat roti jala ni, senang sangat!. acuan roti jala sebelum ni ada tapi tah mana pegi heee, jadinya saya guna piping bag, senang tak meleleh.

roti jala

Hasil menjala, memang puas hati sangatlah, bancuh sikit je tapi yang dapat macam dalam gambar tu, serius tak dan kira haahaaa.

roti jala

Dah kira pun tak sempat, apatah lagi nak snap gambar roti jala ni dengan pencicah hehee, sedar-sedar dah licin, kuah kari ayam pun tak sempat saya snap bersama roti jala ni.

Jadiknya tak puas hati sebab laris sangat sampai tak cukup, jadiknya hari ni nak buat lagi. buat pencicah durian pulak, dapnyeee~

Nak resepi roti jala boleh terjah blog Kak Kujie.

You Might Also Like

15 Replies to “Roti Jala Untuk Berbuka Puasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge