Salam, yeayyy besok Puasa…jangan ada yang puasa yang yuk ye hihihi, saya sebelum ini mencuba pelbagai menu untuk anak-anak berbuka puasa, nak tarik minat diorang berpuasa, tahun lepas puasa diorang boleh dikira dengan jari je hehee, tahun ni insyaALLAH biarlah banyak sikit dari yang sebelum ini.
Dah cakap kat anak-anak, kalau puasa Ibu masak sedap-sedap..minta je apa-apa ibu masak, insyaALLAH. dengan anak-anak ni kita kena pandai amik hati diorang, dan menu salah satunya yang diorang suka iaitu Roti John.
Tapi anak panggil Baby Roti John sebab kecik, guna Roti Burger hahahaha, jenuh seh nak cari Roti panjang tu, penat cari, so guna roti burger ni pun ok juga. beli di kedai kek, sedapp…wangi lagi.
Saya letakkan Daging Ayam Kisar Ramly (saya suka produk Ramly)
Nak ke resepi ni?? ada member nak, dia minta saya tulis di Facebook Mesej tapi macam panjang pulak, alang-alang share terus sini boleh jadi modal entry heheee.
Ok nah resepinya, saya reka sendiri kekeke~
- Roti Baby John (namanya…hahahhaaa)
- Roti burger or roti apa-apa pun boleh, janji roti ye dan terkecuali Roti Jala hehee
- Telur Grade A 3 biji
- Daging Ayam Kisar Ramly (tak kisah korang nak brand apa pun boleh)
- Daun Ketumbar
- Daun Bawang
- Sedikit garam
- Minyak masak sedikit
- Sos Cili
- Mayonis
Cara Menyediakan & Memasak
- Campurkan kesemua bahan tadi kecuali roti dan minyak masak.
- Dalam kuali panaskan minyak masak
- tuangkan campuran bahan-bahan tadi dan masak dalam api perlahan
- agak-agak bahan dah masak baru tekapkan roti yang dibelah dua (tak putus)
- terbalik-terbalikkan sampailah korang yakin dah masak, jangan risau sebab ayam kisar tadi sangatlah halus, memang cepat masak, tu pun kalau korang beli brand ramly macam kat atas.
- Dah siap bolehlah letakkan sos cili dan mayonis
- potong ikut suka hati
Dalam menu ini boleh je letak timun, lobak, bawang, tapi sebab saya nak bagi anak-anak makan, kenalah ikut selera diorang, anak-anak tak makan bawang-bawang segala tu, daun ketumbar dan daun bawang mujurlah diorang tak perasan, sebab saya cakap yang hijau-hijau tu penambah rasa, takde yang tu makan tak jadilah Baby Roti John hehee, pandai tak??
So jadinya ini adalah salah satu menu berbuka untuk anak-anak, suka betul diorang makan.
Ok..selamat mencuba~
Ni buat untuk bersahur sedap juga nie.. bagi yang tak de selera makan nasi
Health Tips recently posted..Ways to construct muscle tissues to accomplish 6-pack abs?
budak-budak mana-mana zaman pun suka roti john. hoho..sedap dan senang dibuat.
titan recently posted..Teach a Man How to fish.
Sedapnya.. tak sana nak berbuka…
MindaKini recently posted..Tiga Situasi Yang Mengerunkan Tentera Di Raba’ah
ok, seriusly terliur…nanti nak cari bahan, nak buat roti john ni weekend ni.. yummmy… =)
Mama I.A recently posted..Risau Dengan Masalah Pigmentasi?
ohsem! mmg feveret sy dr kecik..berangan nk buat homemade tp xbuat2 smpai skrg :p
Qema Amaya recently posted..Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1434H/2013M
kandungannya sangat bagus untuk perkembangan anak, bagus tu dikonsumsi dari pada mereka jajan yang nggak2…
Rina recently posted..Create CSS Tables Styles Zebra Stripes Hover Effect
selamat berpuasa..lapar nyee
suhairi alias recently posted..Kad raya
sedap nampak..memang supermak..pandai masak.. 🙂
blackrosehunter recently posted..Budak Baru Kapel Seminggu
nampak roti john dah rasa beselera nak makan…
Wan Fauzi™ recently posted..Dalang Operasi Pembunuhan Rakyat Mesir
selamat berpuasa kepada seluruh umat islam…
Wan Fauzi™ recently posted..Kronologi Tragedi “Subuh Berdarah” Rakyat Mesir
ini saya pon suka, hehehe
ini bapak budak pun suka banget ni…heee
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress
Setiap kali bulan puasa memang tak miss roti john nih.
akubiomed recently posted..Hasil air Soya dan Taufufa sendiri untuk juadah berbuka puasa.
ermmm..sedap tu roti john..mmg feveret bulan posa..kter pun nak try bt sendiri NnTi
mama suri n darin recently posted..donut feveret kakak..tapi lagi feveret pizza lahhhh
Walaupun guna roti burger… Tapi rasanya pasti lebih enak daripada roti John… 😉
Anuar recently posted..Mendapat Kepercayaan Berita Harian
pandai laa kyan ni reka2 resepi.. jeles ai tauu…
nnti nak trylah buat 😉
Ummi Hanie @ Nis Azmier recently posted..Jalan-jalan Sabah – Day 2
Menu berbuka + moreh + sahur untuk rakyat bujang macam saya ni ha..hehe
Repain recently posted..KELEBIHAN SETIAP HARI DI BULAN RAMADHAN
wahhhh untung anak2 dapat umi yang rajin memasak
sweetkurma recently posted..pandai mengambil peluang
sedapnyaaaaa ~.~
topo recently posted..Kempen “Like Sebenarnya Tidak Membantu”