Salam, Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2013 – Penetapan Awal Puasa dah pun ditetapkan dan telahpun diumumkan iaitu pada 8 Julai 2013 isnin, tak sabar rasanya nak menyambut bulan puasa ni, macam manalah agaknya puasa kali ni dengan menyusukan Baby Irfan ye?? moga tidak ada masalah dan ALLAH permudahkan, amin…
Apapun jangan lupa bayar Zakat tahun ini, bayar awal-awal ramadhan jadi wang zakat tersebut sempat diagihkan dalam bulan Ramadhan.
Tempat melihat anak bulan puasa 8 Julai 2013
Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
– Tak sabarnya nak puasa, Raya kali ni insyaALLAH berlima ^_^
Ada tak upadte bila nak raya kak yamnie? hehehe
InsyaAllah…tak ada masalah kak kalau niat kita baik…. yg penting banyak minum air ye sepanjang malam tu…jangan la pulak time berbuka tu terus pulun minum,mengah nanti… 🙂
menanti bulan ramadhan yg mulia ini dgn penuh harapan & kegembiraan..
Aya pun fully breast feeding ni.. tak taulah gak macam mana nanti..
yeah!! dah x lama nak puasa =D
Tak lama dah..minggu depan je lagi..
mau pi tgk anak bulan di Pusat Falak Sheikh Tahir,Pantai Aceh
jadi tidak sabar kaban anak bulan ramadhan akan muncul nie 🙂
tinggal seminggu lagi nak masuk bulan ramadhan yg mulia nie..
semoga baby irfan dapat menyusu macam biasa bulan Ramadhan nanti yer dan selamat berpuasa bagi yang sedang puasa ganti.
Tak sampai berapa minggu lagi nak puasa tak sabar nya…
Tinggal tidak sampai 2 minggu hendak berpuasa.
tak sabar jugak nak tunggu puasa. tapi dah ada anak kecik ni kena terawikh kat rumah ajer la. baru merasa terakwikh kat surau dan ada lil edition pulak.huhuhu
itulah..takpe buat dirumah pun ok. tak sabar nak menyambut puasa 🙂
yeay2 dekat nak puasa dah..
aku tak sabar tunggu pengumumanya sahaja hehe
Tak sabar nak tunggu tarikh melihat anak bulan Ramadhan… 😉