Salam, Anak Demam Campak – Cara Merawat Demam Campak, ingat lagi tak sebelum ni saya entry Baby Irfan Pertama Kali Demam – Admit Hospital, rupanya Baby Irfan Demam Campak, bukan setakat demam panas biasa, tapi hari ini alhamdulillah Baby Irfan dah sembuh sepenuhnya, merah-merah dibadan dah pun hilang, lega rasanya. So Ibu dah tak perlu nak berpantang hihihi, ni sebab Baby Irfan menyusu susu ibu, so makan kena berpantang, tak boleh makan makanan yang gatal.
Tengoklah banyakkan ruam campak kat badannya, keseluruhan badan merah, sampai ke alat sulitnya, memang kesian, Baby Irfan tak selesa, merengek 24jam, dan 24jam tu jugalah harus berkepit dengan Ibu, taknak kat sapa-sapa langsung, hinggalah sekarang alhamdulillah dah sembuh pun masih nak kat ibu lagi, hemmm…adakah disebabkan dapat layanan istimewa sebelum ini terus menerus nak kat ibu saja??
Seluruh badan tau, memang mak pak kena tahan lah sikit dengan karenah anak kalau tengah tak sihat macam ni, 24jam merengek, serba serbi tak kena.
Dah naik ke bahagian kaki ok sikitlah, kalau kat tapak kaki pun dah naik juga tu maknanya campak tu dah keluar habis, tinggal je lagi ruam campak tu hilang, untuk baby Irfan dekat 4 hari juga kot baru elok semula kulitnya.
Untuk mengurangkan rasa gatal, saya sapukan Lotion Calamine, alhamdulillah nampak serasi dengan Baby Irfan, sehari 4-5 kali juga saya sapu keseluruhan badannya.
Ok jom saya kongsi cara saya merawat demam campak Baby Irfan :-
1. Jangan pakaikan anak baju, biar berlengging hihii sebab kalau pakai baju nanti badan makin bertambah rasa gatal dan panas
2. Sebaiknya jangan pakaikan pampers sebab kencing baby boleh buat ruam lagi bertambah gatal, tapi saya pakaikan juga sebab guna CD time macam ni tidak berapa nak sesuai rasanya. so dengan pampers ni saya kerap tukarkan bila perlu.
3. Kerap menyapu Lotion Calamine (gambar diatas), bagi mengurangkan rasa gatal
4. Memangdangkan Baby Irfan menyusu susu ibu, saya berpantang makan, tidak memaka makanan yang gatal seperti udang, sotong, or apa-apa sahaja yang gatal dan makanan bergetah, perlu dielakkan ye.
5. Beri Baby Irfan minum air kelapa 1 oz, itupun setelah bertanya pada Biras, sebab anaknya baru je kena demam campak, bukan apa risau takut tak sesuai untuk Baby kan, so kena make sure bebetul.
*Daun semambu tak guna sebab hujan je sini, nak cari payah.
Itu jelah kot, takdelah susah mana nak berhadapan dengan hal macam ni, kena rajin buat research dan tanya orang, walaupun anak dah 3 orang ni tapi rasa ilmu keibubapaan tu masih lagi kurang.
Oh ye ramai sebenarnya keliru demam campak dan cacar ni, campak tak berjangkit dan campak dialami oleh bayi serta kanak-kanak, cacar / chicken pox yang berjangkit, lazimnya terjadi pada kanak-kanak dan orang dewasa, tetapi bukannya bayi. boleh try google untuk maklumat selanjutnya.
– Alhamdulillah lega bila anak dah sihat, syukur sangat.
Akk berapa hari baby irfan kena dmm campar..ank saya baru kena harinie 11bulan..
Maaf kak. Nk tnye, ank brp bulan masa kena campak tu? Ank sy skrg 7bulan. Baru je kena hari ni.
Salam.kak bp umur anak akak masa kena campak? Baby 10buln boleh mnum air kelapa tk? Tq
baby saya baru je terkena demam campak..kesiannya
baby i umur 10 bulan..ari pertama bintat merah ckit je dekat bahu..ari kedua dia menangis je..smpai kul 2 pg baru nk boleh tido..suhu badan 37-38…bagi ubat kebah..n panas balik badan bg antibiotik kebah..jumpa dok suruh doc ambik darah dia kata xpayah..yhen balik suhu mencecah 40..bertambah risau lar..bila nk bawa g hosp tiba2 plak suhu badan dai menurun..so x jadi lar bawa..mcm mana tu.
salam . kat manaada jual cream ni anak saya tgh dmm campak
Kat farmasi ada jual
anak saya baru kena demam campak hari ni…T_T
terima kasih bagi petua. InshaAllah akan cuba praktikkan.
thanx kak yan..mbantu entri ni. dayyan skang ni demam campak lak..aieh..
alhmdllh dah lepas ujian dmm campak yer kyan… sian si tembam
Dulu sewaktu kecil saya pernah juga mengalaminya selama 1 minggu
Semoga baby Irfan lekas sembuh, kasihan jika terus kena campak nie
cian irfan….takpe…antibodi tambah kuat…
k sya pula biasa dulu2 kalau demam campak & chicken pox…ahmad & ira akan bersaing….mmg penat nk jaga…tp demi anak2…biasa ambil air penawar je…tanpa sapu lotion….tp air kelapa tu mmg wajib….utk bg semua bintik keluar…nanti cepat la baik….
dah nak ok kan, irfan ni?
tengok macam berbahaya kat badan irfan tu, nasib baik dah ok. semoga sihat2x selalu.
mak oi..berisi betol badan baby irfan tu..
Ya Allah. Kesiannya kak. Tapi takpe besar nanti tak kena dah…
InshaAllah.
Cepat2 sembuh yer.. kesian abeh badan merah2..
Alhamdulillah baby Irfan dah sihat. Asyik nak berkepit dgn ibu dia je ek.
Bagus tips yang dikongsikan tu. TQ.
alhamdulillah baby irfan dah sembuh dari demam campak.. 🙂
Kalau sudah kena campak secara semulajadi badan akan membina antibodi untuk demam campak.
Alolo kesiannya die, semoga cepat sembuh aminnnn
Kesiannya dekat baby Irfan kena demam campak. .semoga lekas sembuh. ..
kesiannya bila tengok gambar atas tu.. hm.
Syukurlah irfan dah sihat.. turn nufail pula demam ni.. kena injection
semoga irfan cepat sembuh yek.
Alhamdulillah dah sihat baby irfan. dah syok berkepik, ibu susah dah buat kerja la…
Alhamdulillah syukur sangat-sangat, tapi tulah memang kena berkepit je, tak nampak je muka ibu memang dia meraung uhukkk -..-“