Salam, baru ni Baby Irfan Pertama Kali Demam – Admit Hospital, lepas dari kami buat open houses baru-baru ni, dalam hati mungkin demam biasa je, takpun “Keteguran” (orang sabah cakap), maklumlah ramai sangat yang tegur Baby Irfan ni “comel, gebu” hihihi.
Suhu 40 darjah -..-“
Subuh saya angkat Baby Irfan dari Katilnya, letak disebelah saya, rasa badannya Panas sangat, so terus basahkan kain lap kepalanya, kemudian mandikan Baby Irfan untuk menurunkan suhu panas badannya, tapi tak turun-turun juga, saya memang fobia bab-bab anak demam panas ni, sebab Aiman dulu pernah sampai masuk ICU huhuhuu, takut bila dah panas sangat nanti boleh jadi sawan, nauzubilla…
Seharian Baby Irfan demam, hari sebelumnya memang kami dah bawa Baby Irfan ke Klinik sebab dia tak sihat dan panas tak seberapa, so saya beri sahaja ubat yang doktor bagi berserta Paracetamol Syrup, tapi tak juga kebah-kebah demamnya.
Saya monitor suhu badannya dengan kerap, kerap mandikan, lap seluruh badan dan kepala dengan air asam, pun masih sama juga takde perubahan.
Sebelum jumpa doktor, cek suhu dan tekanan darah dahulu
Petang tu suami SMS tanya tentang Baby Irfan, kami terus mengambil keputusan untuk membawa Baby Irfan ke Hospital, risau sebab tengok Baby Irfan macam dah tak bermaya, lembik semacam, menangis jugalah saya tengok dia 🙁
Kesian tak berapa nak larat -..-“
Jumpa doktor, siap ambil darah lagi, doktor cakap bacaan darah cantik, tapi doktor nak Baby Irfan berehat di wad sahaja untuk dimasukkan air, nak bagi aktif macam biasa.
Tetiba Baby Irfan pandai duduk hahahahaa
Alhamdulillah lepas doktor masukkan ubat, 30 minit lepas tu terus Baby Irfan sembuh, tak ada lagi demam panas tadi, bacaan terus normal 35.5. Lega rasanya.
Pagi tu Doktor pakar masuk, saya dengan confidentnye cakap “Doktor anak saya dah sihat, boleh tak saya nak minta balik?” doktor cakap boleh sebab baby irfan pun dah nampak aktif, suhu badan pun dah normal. siap main panjat-panjat katil lagi dia heheee, lega wuuuuu~
Tapi….tapi…setiba kami dirumah, hem…barulah perasan yang badan Baby Irfan penuh dengan ruam campak..lorrr~ demam campak rupanya anak ibu ni…., sekarang badan Baby Irfan penuh dengan ruam campak -..-“
Nanti entry lain pasal demam campak Baby Irfan, dah melarat pulak entry ni hihihi.
ala..ciannya irfannnn..
Ya Allah tingginya kak.. Mujur tak tarik kan..
Haritu hariz kena demam 39 pun dah panas sesangat.
Allah.
agak tinggi juga suhunya tuh , semoga baby Irfan cepat sembuh hendak-Nya…amin…
alahai siannya. semoga cepat sembuh yer irfan.hr tu pun si nayla naik gak campak seb baik ok lepas beberapa hari.
saya kalau demam pon jadi tension apatah lagi budak, haha
yooo… kesian baby irfan demam sampai 40 celcious. semoga cepat sembah
Kesiannnn, tengok matapun kuyu tak sihat. Tapi bagus untuk pembinaan antibodi baby…sekali sekala ok. Moga dia cepat sembuh dan kembali aktif…Insyallah
kesian tengok baby irfan nangis gitu .semoga tak lama sangat demam campak yer.
Tinggi 40°c tu…syukur
alhamdulillah. .. suhu baby Irfan dapat segera turun…
Anak kecil demam terutama bayi membimbangkan. Alhamdulillah semakin sembuh dan kembali aktif.
heheh..last2 demam campak rupanya..nasib baik bukan demam panas..
Demam Panas juga tu sampai 40 darjah suhu badannya
40c tu paling tinggi ea kak yan??
Kalau untuk kita manusia ni kira 40c tu paling tinggi tu, kalau tak turun cepat-cepat takut nanti naik jadi sawan (kejang otot), kalau berlarutan boleh bawa maut, nauzubilla
first time ada gambar irfan nangess..haha
Suka nampaknya ko ye titan
Laa.. Demam campak rupanya.. Sian dia..
Iye Demam Campak, teruk juga ni