Salam, baru ni Baby Irfan Pertama Kali Demam – Admit Hospital, lepas dari kami buat open houses baru-baru ni, dalam hati mungkin demam biasa je, takpun “Keteguran” (orang sabah cakap), maklumlah ramai sangat yang tegur Baby Irfan ni “comel, gebu” hihihi.

baby irfan demam

Suhu 40 darjah -..-“

Subuh saya angkat Baby Irfan dari Katilnya, letak disebelah saya, rasa badannya Panas sangat, so terus basahkan kain lap kepalanya, kemudian mandikan Baby Irfan untuk menurunkan suhu panas badannya, tapi tak turun-turun juga, saya memang fobia bab-bab anak demam panas ni, sebab Aiman dulu pernah sampai masuk ICU huhuhuu, takut bila dah panas sangat nanti boleh jadi sawan, nauzubilla…

Baby Irfan demam

Seharian Baby Irfan demam, hari sebelumnya memang kami dah bawa Baby Irfan ke Klinik sebab dia tak sihat dan panas tak seberapa, so saya beri sahaja ubat yang doktor bagi berserta Paracetamol Syrup, tapi tak juga kebah-kebah demamnya.

Saya monitor suhu badannya dengan kerap, kerap mandikan, lap seluruh badan dan kepala dengan air asam, pun masih sama juga takde perubahan.

Baby Irfan demam

Sebelum jumpa doktor, cek suhu dan tekanan darah dahulu

Petang tu suami SMS tanya tentang Baby Irfan, kami terus mengambil keputusan untuk membawa Baby Irfan ke Hospital, risau sebab tengok Baby Irfan macam dah tak bermaya, lembik semacam, menangis jugalah saya tengok dia 🙁

Baby Irfan

Kesian tak berapa nak larat -..-“

Jumpa doktor, siap ambil darah lagi, doktor cakap bacaan darah cantik, tapi doktor nak Baby Irfan berehat di wad sahaja untuk dimasukkan air, nak bagi aktif macam biasa.

Baby Irfan

Tetiba Baby Irfan pandai duduk hahahahaa

Alhamdulillah lepas doktor masukkan ubat, 30 minit lepas tu terus Baby Irfan sembuh, tak ada lagi demam panas tadi, bacaan terus normal 35.5. Lega rasanya.

Baby Irfan

Pagi tu Doktor pakar masuk, saya dengan confidentnye cakap “Doktor anak saya dah sihat, boleh tak saya nak minta balik?” doktor cakap boleh sebab baby irfan pun dah nampak aktif, suhu badan pun dah normal. siap main panjat-panjat katil lagi dia heheee, lega wuuuuu~

Tapi….tapi…setiba kami dirumah, hem…barulah perasan yang badan Baby Irfan penuh dengan ruam campak..lorrr~ demam campak rupanya anak ibu ni…., sekarang badan Baby Irfan penuh dengan ruam campak -..-“

Nanti entry lain pasal demam campak Baby Irfan, dah melarat pulak entry ni hihihi.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 thoughts on “Baby Irfan Pertama Kali Demam – Admit Hospital”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge