Salam, Hujan Meteor Perseids Di Ruang Angkasa Malaysia Malam Isnin 12.8.2013, Fenomena pancuran/hujan meteor ini dijangka akan dapat dilihat diruang angkasa Malaysia pada malam Isnin nanti sehingga subuh selasa ini. Dikatakan pancuran meteor Perseid ini adalah antara yang paling menarik kerana cahayanya terang dan ianya juga boleh dilihat dengan mata kasar kita di kawasan lapang.
Jadinya bagi anda yang ingin mencerap Meteor Perseids ini, pastikan anda berada dalam keadaan gelap untuk memudahkan anda melihat Pancuran Meteor tersebut tanpa gangguan dari cahaya lain. Waktu terbaik untuk menyaksikan hujan meteor ini iaitu selepas bulan terbenam bermula pada pukul 11 malam isnin.
Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer, oh ye kebetulan ianya berlaku setiap bulan Ogos tiap tahun.
Menurut Bill Cooke dari NASA Meteroid Office melalui laman webnya, dijangka 1 meteor akan muncul pada setiap minit ketika ianya mencapai waktu puncak meteor.
– Berharap sangat dapat menyaksikan fenomena Hujan/Pancuran Meteor ini, insyaALLAH.
Semoga saja hujan meteor ini juga bisa terlihat dari tempat tinggal saya yang ada di Indonesia 🙂
Rina recently posted..Best List of Free Download Responsive Premium Blogger Templates
mesti cantik pemandangan pada malam tu….
Manan Qayyim recently posted..Writer’s Cramp – Ramai Tidak Mengetahui
Boleh ambil shot ‘Milky Way’.
akubiomed recently posted..Institusi perkahwinan semakin goyah.
Kalau rajin boleh cuba setting ini F2.8, 30s & ISO1600. Kalau ada lens 24mm lebih baik.
akubiomed recently posted..Sepakan Mohd Amri Yahyah Word Class
Terima kasih di atas perkongsian info… Esok tu… kena ikuti perkembangannya…
Kena rakam dengan kamera fenomena ni. Tentu cantik!
Mohd Shubhi recently posted..5 terhebat minggu ini #10
takut tak sempat nak rakam, sebab ada meteor yang laju dan ada juga yang perlahan, doa moga ada kesempatan untuk rakam 🙂
yanmie recently posted..Hujan Meteor Perseids Di Malaysia Malam Isnin 12.8.2013
Kena setting manual dan buka shutter dalam 25 minit. Tapi kena siap tripod dan lain-lain kelengkapan…tentu nampak cantik berseni
Mohd Shubhi recently posted..5 terhebat minggu ini #10
Tunggu hasil perkongsihan dari En.Shubhi lah macam ni hihihi, saya tripod pun takde heheee, kena cari juga 1 ni 😀
yanmie recently posted..Hujan Meteor Perseids Di Malaysia Malam Isnin 12.8.2013