Salam, tengok berita pukul 8 malam tadi, Lori Tangki Minyak Diesel Terbalik, ekoran dari kejadian tersebut, dijangka gangguan bekalan air akan berlaku di Selangor Dan KL (Lembah Klang), yang mana akan menjejaskan lebih 1 juta pengguna di 7 daerah kawasan yang terjejas.
Antara kawasan yang terjejas dengan masalah bekalan air ini iaitu Klang/Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat. serius risau kalau bab air ni terjejas, dengan anak kecik lagi ni, confirm nak guna air banyak ermmmm…
Dan sehingga kini, belum pun diketahu bilakah masalah gangguan bekalan air ini akan mula terjejas, ini kerana kerja-kerja siasatan sedang dijalankan, dan terkini Syabas telah mengeluarkan Kod Amaran Merah Kecemasa yang bermaksud, penduduk dikawasan yang terjejas diminta untuk membuat simpanan bekalan air bagi mengelakkan kesulitan berlaku.
Nampaknya kena menyimpan air ni, risau pulak kalau tiba-tiba bekalan air di rumah ni terputus hemm, takde air apa pun tak boleh nak buat.
Ini lagi satu memberi masalah besar kepada penduduk Selangor. Sampaikan air mineral kehabisan.
banding letrik, air memang sangat penting. kalau dok bandar, lagilah sakit. mana nak cari sungai..
Semoga masalahnya lekas bisa teratasi
Alhamdulillah Kepong Sentral ok…
Syukur, kawasan perumahan saya tidak ada masalah air. Hari Sabtu baru ini kami pergi bermandi-manda di air terjun Serendah. 🙂
setakat hari ni..kat rumah saya ok lagi bekalan air tu..
pelik lah, camner lori tangki minyak leh masuk kat kawasan logi air, nak rawat bali ni payah dan lama
semoga masalah air di Selangor nih cepat pulih seperti sediakala…amin…
air dekat rumah ni dah terputus
Ada jugak yg beritahu air rumah mereka dah terputus malam tadi.. Harap2 dapat selesai cepat masalah bekalan air ni..
Banyak kawasan yang terlibat, harap lebih cepat selesailah.
Diharap pihak Syabas dapat membuat siasatan dan menangani masalah ini dengan kadar segera… Supaya penduduk di kawasan yang terlibat dapat menikmati air bersih dan selamat dari masalah pencemaran disebabkan insiden ini…….