Salam, nak kongsi Makanan Bayi, Baby Irfan dah pun 8 Bulan, Alhamdulillah, setakat ini saya dah pun mengenal pasti apakan Makanan Kegemaran Baby Irfan, banyak juga try and error yang saya lakukan, setakat ini semua makanan yang saya berikan semua boleh Irfan makan, Alhamdulillah.
Makanan yang paling top sekali dia suka iaitu makanan Sunnah Nabi, Kurma. Alhamdulillah. Makan gitu je pun memang dia suka, lagi dicampur dalam bubur nasi lagilah bertambah Ummmppp.
Dah suka makan kurma tu, up pulak dengan Labu, memang ngam sungguh-sungguh kat tekaknye, bagi 1 mangkuk pun boleh habis rasanya, tapi saya tak bagi makan sampai 1 mangkuk, takut sebab ruang perut Irfan masih kecil, tak macam kanak-kanak lain, Baby Irfan baru 8 bulan, so slow-slow, jangan layankan sangat nafsu korang yang ghairah nengok anak makan sampai buncit, risau saya! heheee, makan ala kadar sudah, dia lapar lagi bagi lagi. itu cara saya, tapi setakat ini Baby Irfan cuma makan 3x sehari. selebihnya macam biasa menyusu susu ibu.
Saya pilih jenis Kurma Hadis, lembut dan sedap
Untuk sekali masak, 3x makan, saya hanya gunaka 1 slice sahaja
Ok inilah dia bahan untuk sekali masak (untuk 1 hari), saya dah tak buat stok, coz rasa enjoy masak hari-hari untuk Baby Irfan ^_^
Resepi Bubur Nasi Campur Labu Dan Kurma :-
(Untuk 3x makan)
- Beras 3 sudu
- Labu 1 Slice
- Kurma 5 biji
- Air
Cara Memasak :-
- Basuh beras, masak macam nasi cuma air kena banyak, masak sampai kembang, agak-agak nak kering tambahkan lagi air.
- Masukkan Labu dan Kurma
- Masak hingga semua bahan bersatu.
- Sedia untuk dihidang.
Sekarang ni Baby Irfan makan bubur dah tak perlu blender lagi dah, yang ni gambar bubur yang dah diblender, tak ambil lagi gambar yang baru, tak ingat sungguh hihihi. ni makan bertambah-tambah juga.
Gambar seksi, masa kena Demam Campak baru ni
Nanti saya share lagi menu apa yang menarik untuk makanan bayi ni, banyak sebenarnya, mak pak kena kreatif dalam mempelbagaikan menu makanan mereka.
– Mak datukkkkk sibuk betul sampai takde masa ngadap blog -..-“
licin baby makan ye, sedap betul tu 🙂
Valuable info. Lucky me I found your website
by accident, and I am shocked why this accident
didn’t happened in advance! I bookmarked it.
Saya pun suka masuk labu dengan kismis dan kurma. Biji labu tak buang.. goreng sangai.. campur dgn kismis makan. Boleh matikan cacing perut org dewasa.. hehe
bubur macam ni mmg baby suka. Anak saya pun makan bubur yg macam ni juga tapi ingredient lain sikit. My wife akan masak dan bekukan untuk stok seminggu.
Boleh la saya cuba resepi ni kat awfiyah nanti…thanks sharing ye
Seleranya tgk baby Irfan makan…Bukan main berketak lagi tangan die…Bam bam….
Amboi selera makan. habis baby irfan makan.
Seakarang irfan dah pandai makan kentang
Terima kasih dgn perkongsian…boleh dijadikn panduan
terima kasih di atas perkongsian…
akan jadikan resepi utk anak nnti..
tq
assalammualaikum,
mohon share yer ..
salam…mohon copy resepi. tq in advance
nampak sedap.. nak try buat for our assisment.. thanks sebab share makanan ney.. hehe.. 🙂
terliur pulak bukan baby nengok :p hehehehe. boleh cuba utk my nayla nanti. skang paling dia suka makan bubur nasi letak carrot. buah lak buah pear no 1.
Amboi… berketak2 tangan si irfan.. geram!
Labu tak menyebabkan baby kembung ke?
labu memang dah lemak , tambah pula kurma manis , memang sedap laaa …. bagus irfan ..
Bagi baby.. lepas minum susu badan.. dapat pula makan makanan macam ni
Memang sedap badan naik
Jadi tembam
Berselera anak kak Yan makan. Tapi kalau saya makan labu tu memang tak la..hehe. Kurang gemar sikit..
mudah betol nk masak bubur tu..nak try utk diri sendiri la..heheh
rajinnn kak irfan melayan bby irfan makan 😉
poo2 dia dah mula berbau mucuk tak? hihii… klu bby belum mkn ni poo2 dia masyem2 jer kan…
ehhh typo… nak taip kak yan tertaip kak irfan… sowiii -_-‘
Sukanya dia makan sampai licin. 🙂
wah…baby irfan dah pandai suap sendiri.
memang sedap sangat2. pernah rasa sesudu pun dah sedap heheheh.
fuhh..mesti irfan suka nih..
Terima kasih di atas perkongsian resepi bubur nasi labu dan kurma. .bolehlah saya gunakan resepi untuk anak ke 3 yang akan lahir tak lama lagi. ..