Salam, Nelayan Diculik berhampiran Pulau Mabul Semporna Sabah, risau pulak lah sekarang ni macam-macam kes, kejadian ni berlaku pada Selasa, pukul 6.30 petang. Sekumpulan 20 orang lelaki bersenjata senapang patah dan pistol, serta berbaju hitam telah bertindak menculik nelayan, mereka meminta untuk dibawa ke kawasan sebuah resort percutian di Pulau Mabul, tetapi sebaliknya mereka telah dibawa ke sebuah kem tentera di pulau berkenaan.
Ketika mendekati kawasan pulau, sekumpulan lelaki yang bersenjata tersebut kemudiannya ternampak beberapa kelipan cahaya lampu merah di kawasan pantai pulau di mana, nelayan berkenaan menyatakan bahawa lampu itu adalah lokasi kawasan resort.
Akan tetapi, setelah mereka menghampiri kawasan pantai tersebut, kumpulan lelaki tersebut menyedari bahawa ia adalah sebuah kem tentera dan bukannya resort yang mereka ingin tuju, lalu mereka bertindak untuk menukar arah haluan bot yang dipandu menuju ke perairan Filipina.
Walaubagaimanapun kesemua mangsa tersebut selamat, boleh baca selanjutnya di sini Nelayan Diculik Di Pulau Mabul, Semporna Sabah
– Cantik pulau mabul ni, janganlah ada apa-apa kes disana.
Sepertinya pulau ini butuh pengawasan lebih dari aparat keamanan agar di nanti2 tidak terjadi penculikan terhadap para nelayan
macam mana leh kena colik ni..
Aduii.jadi nelayan pon kena culik jugak..haish..
Gusar dengan perkembangan terbaru ini. Diorang ini macam test power pula.
Diharap tiada apa2 kejadian yang tidak diingini berlaku di pulau mabul sebab saya belum pernah ke sana lagi. .