Salam, Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam CCRIS – Rujukan Kredit Pangkalan Data Bank Negara, bermula pada bulan ini, perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, bagi anda yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman pendidikan dengan PTPTN, anda akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman, ini agak merumitkan lagi, yelah nak beli rumah, kereta mana nak mampu beli cashkan??

PTPTN CCRIS

Serius bunyi macam seram je kan? tapi yelah dah pinjam kenalah bayar balik kan?, saya sendiri ada Pinjaman Pendidikan dengan Perkeso kehkehkeh, bila tah nak habis..adoiii -..-“, oh ye dan dengarnya orang kata kalau dah sampai masuk dalam CCRIS ni, payment kena cantik, tak boleh ada lobang-lobang, kena ada komitment untuk bayar tiap bullan, kalau tak memang susah nak buat pinjaman, silap-silap surat lawyer sampai, takpun disenarai hitam huhuuu.

Walaubagaimanapun, sistem ini hanya untuk mereka yang tidak membuat pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN, jadi korang yang tetiap bulan bayar tu takperlu lah risau ye. Dan bagi peminjam PTPTN yang berhadapan dengan hal ini, anda hendaklah membuat perbincangan dengan Pihak PTPTN untuk mengemukakan Penjadualan semula atau erti kata lain, jadual pembayaran balik yang baru.

Dan yang menariknya, bagi anda yang berjaya membayar pinjaman PTPTN sekaligus sebelum 30 September nanti, anda layak untuk menerima diskaun 20 peratus, banyak tu!

Sekarang ini, sebagai ibu bapa, tak salah kita menyimpan duit untuk pendidikan anak-anak kita dimasa hadapan, pentingnya menabungkan??, risau bila kita sendiri berhadapan dengan masalah sebegini, tak setel lagi, nanti anak-anak nak sambung belajar nanti macam mana? hem…puas juga fikir ni, Alhamdulillah menabung untuk anak-anak, Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit, boleh juga menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Untuk Anak-anak, banyak alternatif sebenarnya.

– Alhamdulillah setiap bulan dapat bayar loan study dengan income dari blog ^_^