Salam, baru-baru ini saya dan suami ke Pejabat Pos untuk urusan Buka Akaun ASB Untuk Anak, sebelum ini kami dah buka Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak-anak, menyimpan sikit-sikit untuk masa depan mereka, kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan, Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit betul tak?
Akaun ASB untuk anak-anak, akaun ini ibarat simpanan tutup mata, ada duit simpan je, cukup umur 18 tahun nanti baru boleh keluarkan, so kalau setahun boleh simpan RM5K, 10-18 tahun akan datang dah berapa plus dengan dividen lagi kan? kira sendiri hihihi, Tu baru untuk seorang anak, kalau 3 orang anak? memang berbaloi-baloi menabung ni, tak perlu dah kot rasanya nak membuat pinjaman pendidikan untuk mereka. Cukuplah mak dia ni berhutang loan study dulu kehkeh tak tau bila nak habis bayar erm…, jadi serik ok!
Syarat untuk membuka Akaun ASNB
Tunggu umur 18 Tahun nanti baru boleh keluarkan
Bukan apa, takut nanti satu masa akan datang buatnya PTPTN dah takde kan susah, jadinya kita standby je dulu untuk masa depan anak-anak, kalau niat kita baik, insyaALLAH ALLAH permudahkan untuk kita.
Yang menariknya, semuanya dihujung jari je, boleh simpan duit ASB dan SSPN melalui Maybank2u, bukan apa saya ni bab nak pergi ke kaunter bank agak lemau sikit nak menunggu angka giliran tu, buat online macam ni senang sangat, semudah ABC, boleh buat sambil nyusukan Baby Irfan ehehee.
– Menabung untuk masa depan ^_^
Salam..nak tya mcm mana nak simpan duit sspn melalui maybank2u ek..
setuju dengan tindakan Yanmie ni, menabung utk pendidikan anak-anak memang tindakan bijak,:)
cik matahariku recently posted..Kenapa Jodoh Belum Sampai ?
Langkah permulaan yang menguntungkan..hehe
Hafizul recently posted..Penyamun Cintaku
Hal yang positif tuk dilakukan sedari dini, mengajarkan anak tuk menabung dan berhemat
Nice share 🙂
Rina recently posted..How To Redirect Visitors By Country IP Address To Specific URL
tahniah2 kak yan =)
mmg bagus kita siapkan awal2 utk anak2 ni…taklah payah nak pinjam sini sana utk pendidikan anak2 nanti
hafizmd recently posted..Celoteh Kakak #12 Buat Kerja…
Menabung itu bagus, lebih lagi ASB, dividen dan bonus banyak…jika umur mencapai 18 tahun, wowwww tersenyum anak-anak melihatnya. Boleh buat perbelanjaan mereka jika ke menara gading.
sensasi2020 recently posted..10 Entri Paling Popular Ogos 2013
saya pon gunakan akaun ASB, best
Juan recently posted..Cara Kuruskan Badan Kaedah Obsessive Corbuzier’s Diet (OCD)
Mifz pun ada akaun ASB , simpanan untu kegunaan masa hadapannya…
papa mifz recently posted..Tikus Tersepit Pada Tayar Basikal
eh..blog kak yan dah bertukar theme la..hehe
Repain recently posted..BENARKAH VITAMIN C BERI KEBAIKAN PADA KITA ?
Saya takda lagi akaun ASB ni kak. Buat dekat pejabat pos boleh ye? Berapa nilai minimum kena simpan dalam ASB tu kak?
dah lama benar tak check buku asb ni. hehe
encik bakul recently posted..Jobdirumah bukan penipu besar. Faham?
alif dan adib dah ada sorang satu masa lepas raya tahun lepas… apapun tahniah buat kak yan…
staibaqhang recently posted..Samsung Galaxy Grand Quattro kekurangan dan kelebihan
Beringat-ingat di usia muda. Akaun SSPN juga perlu ada kerana antara syarat untuk layak meminjam PTPN.
akubiomed recently posted..Blog sunyi tanpa cerita baru.
Sekarang ni semua ni pun harga naik, kena bijak menabung dan berbelanja
yanmie recently posted..Buka Akaun ASB Untuk Anak
Eloklah tu buat tabungan awal untuk masa depan anak-anak… Lepas ni saya nak buka akaun Tabung Haji untuk anak-anak pula… hehehe
Anuar recently posted..Harga Minyak Naik 20 sen, Harga Ayam Goreng Naik 50 sen…
Akaun tabung haji belum ada, ada juga perancangan nak buka nanti, insyaALLAH.
yanmie recently posted..Manusia Boleh Berubah
wah…kalau dari kecik ajar anak-anak menambung macang ni terbaiklah. nanti memang tak payah buat pinjaman sambung belajar.
sejak 1~2 hari ni syok background plywood ni…
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress
Hari ni aiman tak nak bawa duit belanja, dia terus simpan dalam tabung, erm…risau kat sekolah dia lapar nanti, tapi tadi dah makan nasi siap-siap, punyalah dia nak menabung hehee, besok kena sedia bekal nampaknya untuk dia.
Terima kasih hehee, selalu background putih je, ni tukar lain memang ramai yang terkejut hehehe
yanmie recently posted..Buka Akaun ASB Untuk Anak
Saya pun ada simpan duit masa kecik tapi untuk pergi haji…hehe..Bagus juga kalo ada ibu bapa yang prihatin menyediakan duit dari awal. semoga dipermudahkan urusan.
Bahrain recently posted..Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor
Tabung haji pun ok, ada juga bercadang nak buka untuk anak-anak dan diri sendiri, tapi belum lagi, fokus pada apa yang ada je sekarang ni. terima kasih, amin…
yanmie recently posted..Manusia Boleh Berubah
tak buat lagi SSPN tu. tapi ada simpan dalam akaun nuri bank rakyat untuk anak
azwan recently posted..Harga Minyak Dan Orang Kampung
Takpe janji ada buat simpanan untuk anak-anak, itu dah bagus 🙂
yanmie recently posted..Menang L4Grande – Peti Ais 4 Pintu Ala Perancis Dari Mitsubishi Elektrik
Tips yang bagus untuk mendidik anak-anak bijak menabung..Saya nak syorkan untuk anak-anak diluar sana jugak..
tq
shafiq recently posted..Serat Penting Untuk Kesihatan
Simpanan untuk masa depan anak-anak, penting ni.
yanmie recently posted..Buka Akaun ASB Untuk Anak
anak saya pun dah ada, kena disiplin menyimpan..
di rumah kena sediakan tabung..
sampai masa bawa dorang sendiri hantar pergi asb/bank..
baru dorang faham
Mus recently posted..Wordless Wednesday – Stesen Minyak 1Malaysia
Betul tu Mus, Aiman alhamdulillah dia suka menabung, duit baki sekolah tidak digunakan semua, dia bawa balik simpan dalam tabung, nanti kang sampai masa boleh bawa dia ke bank, rasai pengalaman tersebut. tak terfikir pulak nak buat gitu, good idea 🙂
yanmie recently posted..Buka Akaun ASB Untuk Anak