Dah Update iOS7 iPhone 4s

Salam, ehemmm semalam kan kecoh sana sini orang duk Update iOS7 hihihi, saya juga salah seorang yang dah update phone ke iOS7, secara rasminya semalam 19 september 2013 telah dilancarkan dan diperkenalkan operating sistem iOS7 oleh Apple dalam penambahbaikkan opreating sistem mereka.

update ios7

Sejujurnya, saya sangat puas hati dengan iOS7 ni, rasa macam dapat handphone baru pulak, hampir 1 hari juga saya menggunakan iOS7 ni, so far tidak ada masalah, semuanya beropreasi dengan baik tanpa sebarang bug.

update ios7

Suka dengan function ni, tak perlu lagi nak masuk dalam setting untuk on offkan wifi ^_^

Cuma masa nak download aje slow sikit, 2 jam baq hang! hahaaa, takpelah tak kisah sebab time sistem update pun masih boleh godek-godek phone lagi (main candy crush hahaha).

Serius banyak fungsi terbaru dalam iOS7 ni, suka sangat. banyak benda boleh buat dengan phone ni, nampak lagi bertambah canggih gitu, opss!! orang lain tak tau lah pengalaman diorang guna ni kan, so far saya guna ok sangat, puas hati.

update ios7

Photo collection, suka sangat dengan function ni, lagi mudah rasanya nak view gambar yang kita nak tengok tu.

update ios7

Safari tersangatlah comel paparan tab-nya hehehe

Banyak lagi yang menariknya, selebihnya boleh tengok di video bawah ni.

Tadi terkejut, baru perasan phone liplap keluar lampu bila notification masuk hahahhaaa, sebelum ni function tu memang dah ada ke baru ada ye?, semalam main tekan-tekan, agaknya tak perasan teraktifkan tang lampu notification tu kot. cantik je bila notification masuk hehee, so maknanya bila dalam mood silent pun tetap tau juga sebab nampak lampu liplap.

update ios7

ni ngetest jap tadi dengan si Azman Ishak, minta dia misscall tengok ada lampu liplap tak keluar time incoming call masuk, hahaha takde keje betul!, ok yang ni takde lampu plak liplap, kalau ada best gak, feeling zaman-zaman nokia dulu kalau phone bunyi led liplap heheee.

– ehemm rasa macam guna phone baru pula kekeke, nanti update di iPad2 pulak~

You Might Also Like

23 Replies to “Dah Update iOS7 iPhone 4s”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge