Kicap Bukan Punca Luka Hitam

Salam, amboiii kemain sibuk benar sampai tak menyempat nak update blog hihihi, cuti maa…so saya pun nak cuti juga hikhik, sebenarnya gini lah kalau time cuti memang saya tak on laptop/jarang depan laptop, perhatian sepenuhnya pada family tercinta, melainkan ada job urgent yang perlu dibuat time tu.

Hari ni alhamdulillah anak-anak nampaknya semua dah semakin sembuh dariΒ Demam Chicken Pox, tinggal lagi kesan-kesan parut tak hilang lagi, ambil masa juga tu nak hilang, takpe janji badan dah sihat, takde panas-panas lagi.

Anak-anak pun dah mula bersekolah macam biasa, alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH memberikan kesihatan kepada anak-anakku.

Dalam pada anak demam chiken pox hari tu, ada jugalah berpantang antaranya :-

  • Tak boleh makan telur
  • Tak boleh makan udang, sotong
  • Tak boleh mandi – tapi saya mandikan juga huhuuu, sian badan tak selesa
  • Tak boleh kena hujan
  • Tak boleh makan kicap – ni duk terikut petua orang kehkeh

Tapi korang tau tak yang sebenarnya kicap bukanlah punca luka menjadi hitam!, boleh baca keratan surat khabar yang telah dikongsikan oleh Saudara Mustaffa Yasin dalam laman Instagram beliau.

Terima kasih Tag saya di Instagram.
Β 

Jadinya tidak ada masalah untuk makan kicap lepas ni ye, bukan apa saya yang tak kena chicken pox ni pun kena berpantang juga, sebab Baby Irfan menyusu susu ibu, jadi apa yang saya makan, itu yang Baby Irfan dapat, saya menitik beratkan apa yang saya makan sejak saya mula menyusukan Baby Irfan ni, kena jaga makan untuk beri dia makanan yang berkhasiat ^_^

So ingat, kicap bukan punca luka jadi hitam, tapi apa pun terserah pada pandangan masing-masing, kalau saya ni pantang-pantang gini memang selalu gak ler langgar hahahaa (teruk betul!)

Β – Ada tips tak untuk hilangkan parut chicken pox ni?

Comments

  1. Oh anak saya belum kena chicken pox. Kena catat nota dalam ni. Kalau nak kasi parut cepat hilang, cuba sapu Vitamin E. Saya amalkan masa anak saya naik luka Eczema, Alhamdulillah kejap je hilang. Mungkin boleh apply untuk Chicken Pox πŸ™‚

    1. Betul memang banyak pantang larang orang dulu2, kalau duk dengan orang tua memang kena ikutlah pantang larang ni, kalau duk sendiri boleh ler langgar lagi heheheee

Leave a Reply

Your email address will not be published.