Manusia Boleh Berubah

Salam, sebenarnya banyak email yang saya terima setiap hari, email bertanyakan macam-macam, dan email yang saya ingin kongsikan ini betul-betul menarik minat saya untuk dikongsikan bersama pembaca blog ini.

email

Ini merupakan email ke 2 yang saya terima dari individu yang sama meminta untuk saya membuang ulasan beliau pada entry Bersih 2011 yang pernah saya entrykan suatu ketika dahulu.

email

Dan ini merupakan email pertama beliau, tah kenapa saya terlepas pandang akan email ini, nasib baiklah beliau email saya semula.

Maaf ye dik, akak baru berkelapangan untuk menyemak segala email-email yang masuk. Dan jangan salah sangka, kadang-kadang email banyak juga masuk ke ruangan Spam, sebab tu tak perasan.

– Perkara yang baik kita kena bantu, tak gitu?

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

28 thoughts on “Manusia Boleh Berubah”

  1. tahniah jugak pada kak yan sbb rajin selongkar email….

    mmg kita manusia selalu buat khilaf….yg penting kita muhasabah diri dan selalu berfikir tentang apa yg kita akan jawab di sana nanti sebelum kita sebarkan apa2 idea dan pandangan =)

  2. Kadang-kadang bila perasaan marah membara, apa saja nak diluahkan kepada sesiapa saja yang berkenaan. Ketika itu perasaan marah membuak-buak bila dah reda mulalah terasa kesalahan itu. Kalau dah itu permintaan dia, buang je….

  3. Hari ni kat laman sosial orang dok share gambar aib orang lain seolah-olah diri sendiri tak pernah atau tak mungkin akan tergelincir melakukan kesilapan…semua orang…semua orang pernah dan tak terlepas dari melakukan kesilapan… tetapi kita akan dihitung pada pengakhiran hidup.. rasa bangga bila seseorang rendah diri untuk mengakui kesilapannya…syabas untuk adik ini.

    1. kan…yang buat salah mengaku salah, yang bersalah dalam mengaibkan yang bersalah itu akan diselubungi rasa bersalah seumur hidup..
      jangan suatu hari nanti anda diaibkan baru sedar anda pernah berlaku zalim pada orang lain sebelum itu..

    2. Betul tu kak, pelik dengan orang sekarang ni, yang mengaibkan itu yang diorang suka sebarkan, minta jauh dari perangai macam ni. bukan apa, ada adik beradik, anak-anak so tak nak terlibat dalam perkara-perkara macam tu (sebar keburukan orang), kita hidup didunia ni ibarat roda, hari ini kita diatas, besok lusa kita tah2 dibawah.

      kagum dengan adik ni.

    3. syabas dan tahniah utk si pengirim emel…moga2 kita juga diberikan hidayah oleh Allah utk rendahkan diri mengaku silap dan cuba menjadi lebih baik di sisi Allah…

      terbaik!

Leave a Reply

Your email address will not be published.