Salam, alhamdulillah rezeki blogging lagi, saya Menang L4Grande – Peti Ais 4 Pintu Ala Perancis Dari Mitsubishi Elektrik. terima kasih pada Adik beradik, sepupu sepapat, saudara mara, rakan-rakan yang turut menyokong saya dalam memenangi Peti Sejuk L4Grande ini. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih juga pada Advertlets kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi top 20 Blogger Malaysia menerima undangan untuk pelancaran Produk terbaru dari Mitsubishi Electrik ini pada April yang lalu.
Dan pada jumaat yang lalu, saya bersama suami serta anak-anak pergi ke Showroom Mitsubishi Elektrik untuk mengambil hadiah tersebut…ehem…
Seperti dijanjikan, pukul 10.30 kami tiba ditempat tersebut, kami disambut mesra oleh Ms. Kenix Kok, Produk Manager Mitsubishi.
Tepat pukul 10.30 acara penyampaian hadiah dimulakan, Hadiah di sampaikan oleh Managing Director Mitsubishi Electrik iaitu Mr. Soichi Suwa, berserta General Manager Mr. Voon dan Product Manager Ms Kenix.
Kami ^_^
Muka Happy hehee
Alhamdulilla…
Dan petang itu juga Peti Ais L4Grande ni dihantar ke rumah, memang pantas sungguh kan? hati berbunga-bunga nunggu hihihi, pukul 4 petang macam tu peti sejuk ni sampai, layan~
Yeayyy dah sampai ^_^
Dah nak sama tinggi dengan Sliding Door
Gini lah gaya peti sejuk ni dimasukkan kedalam rumah heheee
Mujurlah tak duk kat rumah flat ke apartment ke kan, kalau tak jenuh gak ler
Ehem…hheee, video unboxing ada kat Instagram sana, pi godek IG saya ^_^
Amboiii sakan 2 bradik ni hehee
Peti dah di rasmi, tapi tak amik gambar lagi, layan jelah gambar dorang tu ye, pandangan keseluruhan. Risau tempek gambar banyak sangat, takut dikatakan “Riak”.
Ginilah dia pandangan dalam Peti Sejuk L4Grande ni, memang besar dan luas, banyak compartment, senang nak guna, tak serabut. nak baca detail pasal peti sejuk ni boleh baca entry saya yang ini –Β Peti Ais L4Grande Terbaru Dari MitsubishiΒ Electric.
Dah berjela-jelah ni, nampaknya kena stop dulu hihihi, Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menyokong.
– Alhamdulillah..ni kalau beli RM5499.00 juga ni ^_^
Memang idaman la peti sejuk mcm night…Allahu
Untunglah …
Lama dah nak ucap tahniah, cuma tak berkesempatan…dah tahu Kak Yanmie menang peti ais tu. Besar tu peti ais, boleh letak pelbagai barang….bagaimana peti ais yang lama. Kalau kedua-duanya digunakan, banyak tu elektrik yang digunakan. Nanti tak larat nak bayar bil elektrik pula. Nak senang letak di dalam bilo yang lama tu…tak suash-susah nak pergi ke dapur.
Bestnya kak…besar sungguh…saya pun boleh masuk dalam tu…tahniah..tahniah π
peti besar daripada orang maknanya leh masukkan orang lam tu huhu π
Tahniah kak yan. Memang hadiah yang tidak ternilai ni. Fuh.. Bukan calang-calang hadiah ni.
tahniah puan…
wahh..best ni.Tahniah cik Yanmie, nengoknya pun dah gumbirakan semua orang, apatah lagi org yg mendpatnya, semoga terus murah rezeki,,:)
bestnyeee…. nis pun baru tukar peti sejuk.. yg lama bagi ke mak mertua di kampung.. suka juga dia π
nis mmg mengidam yg besor2 mcm ni… tp masalahnya rumah kami kabinetnya terbina cukup2 makan je (tak boleh peti sejuk tinggi/besor sgt sbb nnti tak muat).. tukang kabinet tu lupe bab tu… haha…
so… beli yg besar sikit je dari yg sebelum ni… jadilahh.. syukur jugalah… ada org sudi sponsor kan π
perghh..besaqnya kak…bukan takat makanan… dgn org2 sekali boleh masuk…erkk…mintak simpang la… btw,tahniah kak…
Memang puas hati la dapat peti ais besar macam nie…. lepas nei dah boleh start bisnes aiskrim potong + aiskrim malaysia… hehehehe
Tahniah mbak dapat peti ais 4 pintu,,,
semoga makin sukses nie dengan bloggingnya
Tahniah kak yanmie.. Besarnya perti ais tu… Peti ais yang lagi satu tu tak ganggu ruang ker? Kalau rasa tak muat tempat, boleh letak yang lama tu dekat rumah saya… hehehe.. Gurau jer…
Tahniah buat Kak Yan..rezeki besar ni..
Tanniah, besar gila peti air baru ini. Boleh kurang perbelanjaan duit minyak kerana kemampuan simpan lauk pauk lebih lama dengan peti ais baru.:-)
Perghhh murah sangat rezeki blogging tu..hahahaha..tahniah kak yan..
tahniah kak yan. eh dah tukar template π peti lama tu tak nak let go ker?
Terima kasih, alhamdulillah. nak let go peti lama tu, murah-murah je, nak tak? hihihi
wah..bpe nk let go tu? best2…
Tahniah kak yan. peti ais lama dah boleh lelong…heee
Terima kasih DH, iye memang nak let go je nanti.
wow…bestnya dapat peti ais besar…macam-macam boleh isi….
iye betul tu…siap ada vitamin factory lagi, sayur2 boleh tahan lama
wow wee tahniah yer Kak Yan , besar sungguh peti ais tuh!!! boleh simpan banyak stock makanan nampaknya….:)
Terima kasih PM, iyee biasa beli stock 1 minggu ngam2 kat peti lama tu, ni kat peti baru masih banyak ruang lagi heeee
wow! menang peti ais besar… mcm mana dengan peti ais yg lama? kena ‘let go’ lah yerk? huhu~
Peti lama nak let go juga nanti ni, kena clearkan dulu π
Tahniah Yanmie .. memag best kalau ada peti ais besar tu π
Terima kasih, mak-mak macam kita memang seronok kan π
tahniah Yan. macam2 boleh isi dalam peti sejuk tu.
Terima kasih kak, iyee betul tu
wah..besarnya peti ais
jeles saya..
tahniah kak yan
Terima kasih Lisa
Besarnya peti ais.. Kalau duduk rumah flat memang kesian kat orang tu nak angkat naik peti ais besar macam ni..
Betul tu Anarm, diorang nak bawa turun dari lori pun kesian tengok, lagi nak angkat naik atas kan? mujurlah rumah atas tanah
besarnya peti ais tu..boleh simpan banyak makanan….tahniah….
Terima kasih π
puas hati.. memang besar punya!
Alhamdulillah…
siap dengan isi dalam kah? hehe
Hahaha isi dalam tidak termasuk yee… π
besaunya…
memang bestlah irfan dan abang2nya boleh main sorok2 lepas ni..hehe
tunggu sikit hari lagi irfan bleh capai dan buka pintu peti sendiri jawabnya main air batu jeler…hehe
Opsss hahhaaa dah ler bahagian sejuk beku kat bawah, jangan dia main salji kat situ nanti sudah hehee π