Salam, baru-baru ini bertempat di Hotel Aloft Kuala Lumpur, telah diadakan majlis pelancaran Peti Sejuk Model Folio JX & Folio BX Terbaru Dari Mitsubishi Electric, terima kasih atas jemputan tersebut. ini merupakan jemputan kali kedua saya bersama Mitsubishi Electric Malaysia, yang sebelum ni Peti Ais L4Grande Terbaru Dari Mitsubishi Electric, oh ye majlis juga dihadiri oleh para pengedar, pemaju, perunding serta wakil Mitsubishi Electric dari Jepun.
Ok nak cerita tentang Peti Sejuk Folio JX & Folio BX Terbaru Dari Mitsubishi Elektric ni, 1st impression tengok rupa peti ais ni pun dah mengujakan, kalau dapat pegang dan guna apatah lagi kan?, tengok aje gambar peti kat atas tu, perghhhh~ BEST!
Peti Sejuk Pintar yang terbaru dari mitsubishi ini menggabungkan ciri-ciri yang terbaik dengan teknologi dan rekaan bergaya, ia sangatlah mengancam, dengan ruang kapasiti simpanan yang besar dan luas menerusi smart cube. Struktur penebat Nipis baru, membolehkan rekaan pintu dan dinding peti sejuk yang nipis tanpa mengurangkan prestasi penebatan keseluruhan peti sejuk.
Peti sejuk ini direka khas dengan teknologi canggih secara erganomik dan memaparkan ruangan simpanan berguna, ruang sejuk beku yang berdiri kompak bebas fros dengan laci menggelongsor yang meminimumkan kehilangan udara sejuk, juga pelbagai laci untuk ruang simpanan serbaguna seperti ruang penyimpanan sayur-sayuran, best!, saya suka peti sejuk yang macam ni, sayur ada compartmentnya sendiri, jadi sayur tadi terpelihara kesegarannya dan kebersihannya, dan yang penting sekali, peti sejuk ini mesra alam dan menekankan penjimatan tenaga ^_^
Ciri-ciri utama Peti Sejuk Folio JX & Folio BX termasuk:
- Vitamin Factory
- Pembuat Ais Automatik
- Pembekuan Lembut
- Penyah Bau Anti-Bakteria
- Rak Auto
- Penyejuk Bukan CFC
- Smart Cube, Struktur Penebat Kepanasan Nipis Baru
Wooowww mengancam tak?? serius mak-mak macam saya ni suka sangatlah kalau ada yang nak bagi hadiah peti sejuk macam ni, hihihihi.
Ok untuk keterangan lanjut tentang Peti Sejuk Model Folio JX & Folio BX ni boleh layari laman web http://www.mitsubishielectricmalaysia.com
Mitsubishi Electric ni macam company samsung la. Macam2 produk dia org hasilkan.
besar betul peti ais nih… boleh isi macam-macam…
yang warna hitam tu sangat cantik, nanti mau search di google semoga saja di Indonesia sudah launching juga nie..
puas hati kalau boleh miliki peti ais mcm ni… macam2 boleh masuk dalam tu.
wah mmg cantik tu..besar bleh simpan byk jenis barang.
antara kelengkapan rumah idaman kami sekeluarga ni
dapat sebijik alangkah indahnya dunia…hehe
terbaiklah peti ais macam ni, memang best lagi lagi sesuai utk sayur
warna hitam memang mengancamlah. walaupun besar penjimatan tenaga dan bill elekrik tu yang kurang penting.
Wah bahagian compartment atas boleh buka 2 pintu.
Kalau ada rezeki lebih nanti nak beli peti sejuk Mitsubishi lah! Kereta dah Mitsubishi dah hehe 😀