Resepi Bubur Nasi Untuk Bayi Dan Cara Menyediakannya

Salam, nak share Resepi Bubur Nasi Untuk Bayi , anak dah besar ni seronok sikit nak main masak-masak untuknya, lebih lagi bila dia ni jenis yang “Pemakan”, tak memilih, apa pun semua bedal hahahaa, good boy!, jangan memilih-milih, susah kang semua makanan tak boleh, kehkeh (Abang Ngah lah tu!).

kentang dan lobak

Kali ni saya buat untuknya Bubur Nasi campur dengan Lobak, Kentang dan juga kurma, alhamdulillah sedap katanya hehehee (ok tipu, mana pandai cakap lagi). Kalau nak yang lagi sedap boleh cuba resepi Bubur Nasi campur labu dengan kurma, Baby Irfan suka sangat.

makanan untuk bayi

Tudiaaa kemain banyak lobak dengan kentang tu, bubur nasinya takdelah banyak mana, memang nak bagi dia makan banyak sayur-sayur tu kikiki.

makanan untuk bayi

Masak 1 periuk besar, periuk yang sebelum ni duk dalam stor je kini kembali beraksi di dapur, sebab nak masak bubur Baby Irfan ni untuk stok 1 minggu.

makanan untuk bayi

Buah kurma tidak di lupa, fevret Baby Irfan tu ^_^

makanan untuk bayi

Dah tak perlu nak blender, boleh sangat dah makan gitu, alhamdulillah. So Baby Bullet tu nak buat apa ye? hahahaha.

Ok cara menyediakan Bubur Nasi Kentang bersama Lobak dan Kurma :-

1. 1 cawan kecil beras, basuh dulu

2. masak macam biasa hingga lembut

3. masukkan lobak dan kentang, masak hingga lembut lagi dan masukkan kurma

4. kacau-kacau hingga semua bahan lembut, dan bolehlah tutup api

~ Makanan bayi tak perlukan perasa ye, kurma tu dah jadi pemanis, sedappp!!

baby irfan

Muka cemomot tengah makan..nyuuummmsss~

Cara menyimpan makanan bayi :-

cara simpan makanan bayi

1. Letak dalam bekas kecil-kecil, kalau boleh 1 bekas untuk 1 kali makan

2. Sejuk bekukan

3. bila nak guna hanya stimkan sahaja, takpun rendam dengan air panas

4. sebelum nak bagi bayi makan, rasa dulu bubur tersebut, takut panas, kang melecur mulut baby tu.

5. Cara menguruskan makanan bayi sejuk beku ini sama seperti menguruskan EBM

Senang je kan??, kalau kat luarpun boleh bawa kan baby bekal makanan dia, tak perlu nak bagi makanan yang bukan-bukan kat baby, betul tak??

makanan untuk bayi

Dalam kereta pun boleh makan hihihii. tak perlu bubur Mcd ke apa ke bila baby berada diluar, bawakan je bekal. itu lagi baik, terjamin kebersihan dan semestinya kita yakin dengan apa yang bayi kita makan.

Baru ni beli storage kecik sikit dari gambar tu, yang tu besar sangat hahaha, banyak makan space, ni dah beli yang kecik comel, so muatlah dalam 1 drawer sejuk beku tu dalam 20 bekas, stok untuk seminggu.

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

37 thoughts on “Resepi Bubur Nasi Untuk Bayi Dan Cara Menyediakannya”

  1. as salam. sis, nk tanya la.baby umur brapa yg kita tak perlu blend bubur tu lg? sbb sy letak isi ayam. so kena blend la kan. minta pencerahan ye sis..
    tq in advance

  2. Sayur lobak memiliki banyak manfaat bagi tubuh, ide yang sangat bagus untuk mencampurnya ke dalam bubur nasi buat baby Irfan, semoga dia lahap memakannya 🙂

  3. k sya walaupun kerja…tak pula buat stok sejuk beku….hari2 masak bubur….letak dalam termos utk bekal utk rumah pengasuh….

    biasanya kul 12 malam mula masak bubur dalam slow cooker….bgn pagi baru masukkan bahan2 lain seperti sayur, buah atau ayam….

    1. Itulah terpulang pada masing2, pernah masak hari-hari jadi kelam kabut, serba serbi tak kena, sibuk anak sekolah pagi petang, masa memang banyak dihabiskan dengan uruskan anak sekolah.

      kalau kerja senang je buat mcm kaksya tu. masak pastu hntr kat pengasuh aje. setel takperlu dah fikir benda lain lagi, fikir kerja kat pejabat pulak heheee, ni 24 jam dengan hal rumahtangga, kita bos, kita kuli, so pandai2 nak manage time mcm mana.

      Orang cakap duduk rumah senang tak penat, orang yang cakap gitu yang takpernah rasa 24jam bergelumang dengan kerja sebenar suri rumah.

      apa pun seronok dan enjoy dengan life macam ni.

      1. boleh je…masak…then simpan dlm termos…blh thn utk one day…hari cuti pun k sya buat cam gitu….hehehe

        tp k sya tgh hari pun kena ambil anak dn balik rumah masak…balik kerja pun masak juga….

        dah pernah dok rumah….mmg enjoy…tp ini pilihan utk masa kini…kena hadapi juga walaupun penat tahap gaban…kt ofis pun tk de masa rehat…tp blk rumah tgk anak2…hilang rasa penat walaupun kena berlari kemas rumah n masak…. 😉

        rindu masa jd full housewife dulu….. 🙂

  4. wahhh…bagusnya irfan dah x makan yg blender ye…. huhuhu..humaira kena blender halus lagi,sbb dia tak suka yg kasar2..

    kalau yg kasar dia hisap manis je,hampas dia luah balik…mana nak kenyang kan….

    1. Ha’ah zie dah 2 bulan makan macam ni, dah tak perlu nak blender lagi. oh humaira masih makan yang blend ye, takpe slow2, lama2 oklah tu nanti. memang makan macam tu sikit je yang dia makan..takpelah janji dia nak makan kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.