Sedap Juga Ketupat Sotong

Salam, dah lama juga saya simpan gambar Ketupat Sotong ni, pertama kali buat dan makan Ketupat Sotong masa bulan puasa hari tu, teringin pulak nak makan sebab orang duk tunjuk gambar ketupat sotong je sokmo hahaha.

ketupat sotong

Teruslah saya gigih menggoogle resepi ketupat sotong ni, alhamdulillah kebetulan bahan semua ada, teruslah saya mencuba masak ketupat sotong ni, tapi rasa ketupat sotong yang kat luar tu tak pernah rasa so tak boleh nak compare.

ketupat sotong

kalau tanya dah tentulah yang saya masak ni sedap heheee, cuba bagi rasa ketupat sotong lain kan..barulah rasa perbezaannya, takpelah insyaALLAH next time kot terjumpa kat kedai mana-mana ketupat sotong ni, bolehlah makan nanti.

ketupat sotong

Memang betullah makan macam makan ketupat hehee, yelah nama pun ketupat sotong kan?, suami saya pulak pelik kenapa letak pulut dalam sotong hahahahahaa. Dia makanlah juga tapi tak berapa banyak, tak kena dengan tekak dia kot, dia amik kuah-kuah aje dan ketupat sotong 1 hehee, so jadiknya puas saya makan sensorang hahahaa, opsss…lupa..makan dengan Aiman, dia suka sangat makan sotong, lagi letak ketupat, memang double suka dia.

– Terus teringin Ketupat sotong ni, pelik..semua benda pun teringin…jeng..jeng..jeng…

Comments

  1. looks tempting, ketupat sotong ni banyak versi kan..kawan SA buat kuah dia putih santan semata..dia beli sotong yg penuh bertelur..letak pulut sikit je..memang sedap…ish…terus teringin plak..

  2. pernah makan….tapi tak kena dengan selera…tak boleh pun nak habiskan seketul….

    tapi hubby memang suka sangat….kalau hubby mengidam…biasa my MIL le yg buatkan…ehehehe…..bertuah kan menantu….ahaks

  3. Malaysia ni macam2 makanan ada. Ketupat pun ada macam2. Tu belum masuk nama kuih-muih lagi tu. Pelik2 namanya. Kuih yang xpernah jumpa pun ada huhu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.