Salam, perghh berhari-hari juga tak update, sibuk dengan urusan diluar, tambahan pulak blog mengalami sedikit masalah teknikal, tiba-tiba sahaja blog diserang “Masalah” diluar bidang saya, ok saya serahkan sepenuhnya kepada pihak hosting untuk menyelesaikan, alhamdulillah sekarang ni ok, tak tahu lah kalau jadi semula -..-” – Β penat

Ok lupakan hal-hal dah lepas yang boleh buat pening kepala hihihi, nak cerita pasal weekend lepas, kami ke Jusco untuk tunaikan janji pada anak sebab berpuasa penuh sebulan di Bulan Ramdhan, alhamdulillah.
Haziq Puasa penuh, Aiman pulak 27 hari, skip 3 hari, Alhamdulillah, sebelum tu dah deal dengan anak-anak, kalau puasa penuh, nak minta apa pun nanti Ibu Ayah belikan, hihihi.
Dan hadiah yang diorang nak iaitu Kereta Mainan Hotwheels, mujurlah tak minta iPhone5 ke, ps2 ke or apa-apa jenis gadget hehee. – Selamat!
Budak berdua ni memang obses dengan kereta mainan Hotwheels, tah berapa banyak dah koleksi diorang ada, sampai tak terkira dengan jari mak pak diorang, hehe, nanti kang ada masa saya tunjuk gambar-gambar maian dorang tu..tengah malas nak mengutip segala mainan yang tah mana-mana celah diorang main, bakul mainan ada tapi kadang tu faham jeler budak-budak ni kan -..-” – layankan je…
Alhamdulillah tertunai sudah janji, bahaya berjanji ni kalau tak tertunai, tak aman jadinya selagi tak tunaikan, jadi jangan mudah berjanji ye walaupun janji tu tak “mahal” kikikiki.
–
Perlahan-lahan ajar mereka berpuasa, walaupun tak cukup tapi teruja juga hati kita bilamana mereka tahan lapar. Anak saya yang berumur 8 tahun dah penuh puasa sebulan. Biasa je…tak mengeluh…!! Alhamdulillah.
bersemangat lagilah dorang tahun depan nanti
Ini baru dinamakan janji ditepatikan kak. Hehe. Nasib diorang tak mintak PS3.
Wah seronok dapat set permainan Hot Wheels. Perlu beli litar perlumbaan baru seronok bermain. π
Kete HotWheels nie kategori collectible item…. nanti 20 tahun boleh jual kat ebay…hehehehe
Hebat nie Haziq, masih kecil sudah bisa melaksanakan puasa hingga penuh π
Yup..seronok lah anak-anak tu..bila dah berjanji memang kena tepati..haha
budak-budak sekarang dah pandai demand kalau puasa penuh, macam saya anak minta belikan play station tapi saya ckp beli jer tablet….dah beli pun…..huhu
janji ditepati. hihi π
fuh…
selamat x minta macam2..
macam ni la bagus…
ehehehehe
opocot terkejuttt masuk rumah baru kakyan… totally different. nice π
best nyaaa anak2 dpt hadiah hotwheels yer. anak2 nis belum merasa lagi.
kakyan, PS2 dah murah skrg ni π
Hi Nis,
hahahahaa…themes lama ada prob nis, tu yang gigih gak tukar, harap themes ni ok takde masalah…
oh yeker ps2 dah murah? hehee tak pernah survey harga pun π
yup ada baca kat wassap pasal prob themes lama akk…
aah dah low price PS2 tu sbb dah keluar yg lagi advanced kan,,, dah PS4 rasanya
duit aku rm310 cukup tak beli ps2
wah lepas nih vrooom vrooom vrooom lah kat rumah yer…hehe
tu dia…hotwheels sorg satu..heheh
dah ada koleksi tu lepas ni boleh beli railnya pulak π
wahh..untunglah anak-anak..
Wajah kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak kak yanmie bila dapat kereta mainan… Erkk… Uncle nak pinjam boleh? π
okla tu.. kereta mainan tak pakai minyak petrol. hehe. jimat!
muka excited sungguh…. happy ibu tunaikan janji ye…
mesti tak sabar nak puasa lagi..hahaa
Wah! bagus. Salah satu cara galakkan untuk anak-anak belajar berpuasa. Saya dulu mak kasi hadiah kalau puasa dapat la seringgit sehari..hehe. Kalau puasa penuh dapat la bonus raya sket..
ampak gumbira sangat…tahniah Aiman n Haziq. lepas ni cari track pulak…mungkin dah ada.
betul tu, lepas ni cari track pula barulah terasa seronok lebih lagi bila main kereta hotwheels..