Boleh Cashout Duit Adsense Di Kiosk Western Union

Salam, saya nak kongsi dengan rakan-rakan, kalau sebelum ini seperti yang korang sedia maklum, proses pengeluaran wang kiriman melalui Western Union dari Google Inc (Google Adsense) hanya boleh dilakukan di Pejabat Pos ataupun bank-bank terpilih, tetapi rupanya duit adsense ini juga boleh dikeluarkan melalui Western Union Kiosk ataupun Money Changer yang memaparkan logo Western Union. saya pun baru tahu juga ni (berkat rajin menanya hahaha).

money changer

Kalau nampak logo Western Union maksudnya boleh buat yee~

Kalau sebelum ini saya selalu cashout di Pejabat Pos, sekarang ni dah senang sangat dah, tak perlu nak ambil no giliran dan menunggu lama, cuma hanya pergi ke kaunter Western Union Kiosk, erm…tapi saya tak pasti berapa jumlah maximum yang boleh dikeluarkan. kalau setakat 1,855.57 USD = RM6,000 tidak ada masalah untuk cashout di Kiosk Western Union tersebut 😀

Senangkan?, lagi satu kalau buat di Western Union Kiosk ni prosesnya cepat tak macam kat Pejabat Pos, janji apa yang diperlukan lengkap, no MCTN, alamat Google Inc, dan yang penting copy IC jangan lupa, takde copy IC tak boleh keluarkan duit!.

cashout adsense di western union kiosk

Oklah itu jelah kot, saje nak inform rakan-rakan, lepas ni takyah bergantung harap sangat kat bank or pejabat pos, kadang-kadang ada bank yang tak dapat nak proses sebab status tak jelas, no mctn tak match, macam-macam lagilah, ada tu langsung tak pernah buat transaksi Western union kehkehkeh, jadi nak mudah pergi tempat macam ni, tak pun pejabat pos. cuma pejabat pos ramai orang heheheee.

Masa cashout adsense hari tu, amoi cina cakap “Miss macam mana ye u dapat duit dari google inc?” boleh ajar tak??

Mood tak berapa nak ok time ni, tak berapa nak menyembang hahahhaa, anak nangis, lagi dia ajak sembang -..-“

You Might Also Like

24 Replies to “Boleh Cashout Duit Adsense Di Kiosk Western Union”

  1. Kalau cashout depan kaunter still kena beratur kan. Cuma kalau xde orang mungkin xperlu beratur. Ada tak tempat/bank yang boleh cashout terus ke dalam akaun kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge