Haziq Dah 6 Tahun

Alhamdulillah hari ini genaplah usia Haziq Dah 6 Tahun, insyaALLAH tahun depan dah boleh masuk darjah 1, cepatnya masa berlalu, tak terasa anak-anak semakin membesar, moga Haziq jadi anak yang Soleh dan berjaya dalam hidup, Aminnnn 🙂

birthday anak

Untuk Ulang tahun kelahirannya kali ini, saya tanya dia nak apa, katanya cukuplah dia dapat 1 kek, hihhii mujurlah tak minta bukan-bukan yeeee…sejujurnya saya dan suami tidak ajar anak untuk bermewah-mewah, so tidak ada permintaan yang demand, hanyalah sebentuk kek chocolate salted caramel yang mewah dengan coklat disana sini, memang puas sangat dia makan.

kek harijadi

Mewah dan kaya dengan coklat, mana dia tak suka sangat heheeee, nak order boleh contact Cikmin, kek Super Sedap macam yang ni cuma RM120 aje.

Cuma frust sikit sebab kek dah comot-comot, maklumlah kami berjalan merata baru pergi amik kek ni, takpelah janji Sodapppp kata Haziq, syukur dia suka sangat.

Teringat saat melahirkannya dahulu, disebuah katil bilik persediaan bersalin, bukan di labour room, kelam kabut nurse jadinya, Haziq di sambut oleh nurse dan bukannya doktor, betapa senangnya melahirkan Haziq waktu itu, tidak ada rasa sakit yang kuat, hanya sekali teran sahaja Haziq meluncur keluar, terima kasih anak untuk pengalaman tersebut, Ibu sayang Haziq, Abang dan Adik…jadi anak yang baik ye 😀

– Bulan 12 nanti saya kongsi kek dengan Baby Irfan, Yeayyy!!!

You Might Also Like

16 Replies to “Haziq Dah 6 Tahun”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge